Tentang Kami

Kaunseling profesional yang mudah diakses — untuk setiap rakyat Malaysia.

Syoknya Kaunseling (SYK) ialah pusat kaunseling di bawah Sarah ZainalPuteh Training & Consultancy, diasaskan oleh Puan Sarah Zainal pada tahun 2020. Kami menyediakan sesi kaunseling online dan bersemuka yang lebih cepat, fleksibel dan mesra masyarakat.

✓ Kaunselor berdaftar Lembaga Kaunselor Malaysia  ·  ✓ Online seluruh Malaysia  ·  ✓ Bersemuka di Skudai, Johor

Pasukan kaunselor Syoknya Kaunseling

11,500+

individu dibantu melalui program sokongan kesihatan mental & psiko-sosial

2,055

sesi kaunseling profesional dijalankan

269K+

pengikut media sosial

5 juta+

masyarakat mendapat manfaat bahan psiko-pendidikan digital

Data 2020 – Julai 2025

Kisah kami

Bermula secara solo, kini satu pasukan kaunselor berdaftar

SYK ditubuhkan untuk memenuhi keperluan yang semakin mendesak: permintaan terhadap sokongan kesihatan mental terus meningkat, sedangkan fasiliti kerajaan sahaja tidak mencukupi untuk menampung semua. Kami hadir sebagai alternatif pelengkap — kaunseling digital dan fizikal yang lebih cepat, fleksibel dan mudah dicapai.

Visi & misi

Menjadi peneraju utama perkhidmatan kaunseling profesional di Malaysia, khususnya kaunseling digital.

Sokongan

Memberi sokongan kesihatan mental dan psiko-sosial kepada masyarakat.

Akses mudah

Kaunseling yang mudah dicapai tanpa menjejaskan pekerjaan atau pendapatan.

Rakan strategik

Bersama institusi dan korporat menyediakan perkhidmatan kesejahteraan mental.

Pantas & berkualiti

Alternatif yang cepat dan berkualiti untuk mengurangkan beban fasiliti kerajaan.

sarah-zainal
Pengasas

Puan Sarah Zainal

Kaunselor Berdaftar (K.B.; P.A.), pendidik dan usahawan yang komited memperkasa kesihatan mental masyarakat. Beliau menubuhkan SYK pada 2020 selepas latihan profesional di Unit Pembangunan Keluarga, Pejabat Agama Daerah Johor Bahru.

Kenali kaunselor kami

Setiap kaunselor kami terlatih dan berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia. Admin kami akan membantu memadankan anda dengan kaunselor yang paling sesuai dengan isu anda.

sarah-zainal

Kaunselor Kanan

Rumahtangga, Pembangunan Kendiri & Kesihatan Mental

athirah-amri

Kaunselor

Umum, Pembangunan Kendiri, Kerjaya & Kekeluargaan

Kaunselor

Remaja, Rumahtangga, Keluarga, Kerjaya & Kesihatan Mental

Kaunselor

Kekeluargaan, Pembangunan Kendiri & Kerjaya

Kaunselor

Pra-Perkahwinan, Rumahtangga & Keluarga

rizalman-rozi

Kaunselor

Kesihatan Mental, Kerjaya, Rumahtangga & Ketagihan

azizah-kamarulzaman

Kaunselor

Kesihatan Mental, Keluarga & Perkahwinan

raihanawati-sanif

Kaunselor

Kesihatan Mental, Kerjaya, & Pembangunan Kendiri

ridzwan-farizuddin

Kaunselor

Kesihatan Mental, Kerjaya, Rumahtangga & Ketagihan

Kenapa SYK

Kenapa ramai memilih Syoknya Kaunseling?

Kaunselor berdaftar

Setiap kaunselor berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia.

Sulit & selamat

Setiap sesi dikendalikan mengikut etika kaunseling.

Online & fizikal

Google Meet dari mana-mana, atau bersemuka di Skudai.

Dipercayai ramai

Lebih 11,500 individu telah dibantu sejak 2020.

Empati & berfokus

Pendekatan tidak menghakimi, fokus kepada langkah anda.

Rekod kolaborasi

Dipercayai agensi, korporat, institusi & media

Agensi & korporat

Institusi pendidikan

Media

Lihat sendiri

Pusat kaunseling sebenar, pasukan sebenar

Pejabat kami terletak di Taman Universiti, Skudai. Selain sesi kaunseling, pasukan kami turut menjalankan saringan, ceramah dan program kesihatan mental bersama sekolah, universiti, agensi dan komuniti.

Bilik kaunseling di pejabat SYK

Ruang sesi yang tenang dan privasi

Pasukan Syoknya Kaunseling

Sokongan Kesihatan Mental Pekerja

Saringan kesihatan mental di program komuniti

Ceramah pengurusan emosi

Program bersama institusi pendidikan

Forum dan perkongsian awam

Program kesihatan mental komuniti

Pernah bekerjasama dengan

Ahli Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM) dan PERKAMA · Pernah ditemu bual di RTM TV1, Astro Prima dan Kool FM.

Ulasan sebenar di Google

Apa kata klien kami

Mulakan hari ini

Langkah pertama tidak perlu sempurna. Cukup dengan mula bercakap.

Tempah sesi 60 minit dengan kaunselor berdaftar. Kalau anda belum pasti, WhatsApp admin kami dahulu. Kami akan bantu padankan anda dengan kaunselor yang sesuai.