Dasar Privasi
Syoknya Kaunseling menyedari kepentingan privasi. Data peribadi anda diperlakukan dan diambil serius oleh kami. Notis Data Peribadi dan Privasi ini dikeluarkan kepada semua pelanggan dan rakan niaga kami yang dihargai selaras dengan keperluan Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010.
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Sekiranya anda ingin mendaftar dan membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti maklumat peribadi yang anda sertakan kepada kami untuk tujuan pembelian produk dan penghantaran.
Pengumpulan Data Peribadi
“Data Peribadi” bermaksud maklumat mengenai anda seorang ejen atau pembeli, dari mana anda boleh dikenal pasti , tetapi tidak terhad kepada :-
· Nama, nombor kad pengenalan, alamat, nombor telefon, maklumat perbankan , butiran kad kredit, bangsa, jantina, tarikh lahir, latar belakang pendidikan, latarbelakang kewangan, kepentingan peribadi, alamat e-mel, pekerjaan anda, jawatan anda dalam syarikat anda, butir-butir syarikat anda dan industri pekerjaan.
Apa-apa maklumat mengenai anda yang anda berikan kepada Syoknya Kaunseling dalam borang pendaftaran, borang pembelian atau borang yang serupabentuk dan/atau apa-apa maklumat mengenai anda yang telah atau mungkin dikumpul, disimpan, digunakan dan diproses oleh Syoknya Kaunseling dari masa ke semasa dan termasuk data peribadi sensitif seperti data yang berkaitan dengan kesihatan, kepercayaan agama atau kepercayaan serupa.
Penyediaan dan pembekalan Data Peribadi telah diberikan oleh anda secara sukarela. Walau bagaimanapun, jika anda tidak memberikan Syoknya Kaunseling Data Peribadi anda, Syoknya Kaunseling tidak akan dapat memproses Data Peribadi anda untuk Tujuan dan Tujuan Tambahan seperti yang disenaraikan dibawah;-
· Jika anda seorang ejen atau pembeli, penyediaan Data Peribadi anda adalah wajib dan kegagalan untuk memberikan Data Peribadi anda, mungkin melanggar peruntukan undang-undang atau peraturan kawal selia yang berkenaan, dan boleh menyebabkan Syoknya Kaunseling tidak dapat menyediakan produk kepada anda.
Sumber di mana Data peribadi boleh diperolehi
Selain daripada Data Peribadi yang anda berikan kepada Syoknya Kaunseling secara langsung, Syoknya Kaunseling mungkin mengutip Data Peribadi anda dari pelbagai sumber seperti: –
· Apabila anda mengisi borang permohonan atau borang pendaftaran atau borang yang serupa bentuk atau melalui surat menyurat
· Daripada media social seperti Facebook, Instgram dan Tiktok
· Apabila anda berinteraksi dan berkomunikasi dengan Syoknya Kaunseling di dalam mana-mana acara atau aktiviti
· Apabila anda memasuki pertandingan yang dianjurkan oleh Syoknya Kaunseling daripada pelbagai entiti atau bahagian di bawah Syoknya Kaunseling
Keselamatan Storan
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
Maklumat Yang Dikumpul
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari Laman Web Syoknya Kaunseling kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui kemudahan khusus yang merupakan bahagian yang dilindungi dalam laman web ini.
Pautan ke Laman Web Pihak Ketiga
Laman Web mungkin mengandungi pautan ke laman-laman web pihak ketiga. Sila ambil perhatian bahawa Syoknya Kaunseling tidak bertanggungjawab untuk pengumpulan, penggunaan, penyelenggaraan, perkongsian, atau pendedahan data dan maklumat oleh pihak ketiga. Jika anda memberikan maklumat secara langsung ke laman-laman tersebut, dasar privasi dan terma-terma perkhidmatan pada laman-laman tersebut akan digunapakai dan Syoknya Kaunseling tidak bertanggungjawab untuk amalan pemprosesan maklumat atau dasar privasi laman-laman tersebut.
Pertanyaan atau Aduan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan mengenai dasar privasi atau laman web ini, anda boleh menghubungi kami di talian WhatsApp 018 252 7055 melalui seksyen hubungi yang disediakan dalam laman web ini. Waktu operasi Ahad hingaa Khamis, 9 pagi hingga 5 petang kecuali cuti umum.
Pengakuan dan Persetujuan
Dengan berkomunikasi dengan Syoknya Kaunseling, menggunakan perkhidmatan Syoknya Kaunseling, pembelian produk daripada Syoknya Kaunseling atau melalui perhubungan dan penggajian anda dengan Syoknya Kaunseling, anda mengakui bahawa anda telah membaca dan memahami Notis ini dan bersetuju dengan penggunaan, pemprosesan dan pemindahan Data Peribadi anda oleh Syoknya Kaunseling seperti yang dinyatakan dalam notis ini. Syoknya Kaunseling mempunyai hak untuk mengubah suai, mengemas kini atau meminda terma-terma notis ini pada bila-bila dengan meletakkan notis yang telah dikemaskini pada Laman Web. Dengan terus berkomunikasi dengan Syoknya Kaunseling, membuat pembelian produk daripada Syoknya Kaunseling berikutan pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan kepada Notis ini, tindakan tersebut akan menandakan penerimaan anda kepada apa-apa pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan.