Kaunseling Remaja & Kanak-Kanak

Anak semakin diam, dan anda tidak tahu apa yang dia rasa?

Perubahan emosi anak kadang-kadang sukar difahami. Ada yang mudah marah, ada yang menarik diri, ada yang tiba-tiba hilang semangat ke sekolah.

Kaunselor berdaftar kami membantu kanak-kanak dan remaja berumur 7 hingga 18 tahun meluahkan perasaan dengan selamat, sambil membantu ibu bapa memahami apa yang sedang berlaku.

✓ Berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia  ·  ✓ Untuk umur 7 hingga 18 tahun  ·  ✓ Sesi bersemuka di Skudai

12K+

telah dibantu

6 tahun+

sejak ditubuhkan

4.9★

penilaian di Google

Ahad–Jumaat

slot siang & malam

Untuk ibu bapa

Adakah anda perasan perubahan ini pada anak?

Anak-anak juga mengalami tekanan, cuma mereka belum tentu tahu cara meluahkannya. Tingkah laku yang berubah selalunya cara mereka memberitahu sesuatu.

Mendapatkan bantuan awal bukan tanda ibu bapa gagal. Ia tanda anda prihatin.

Faham dahulu

Apa itu kaunseling kanak-kanak dan remaja?

Kaunseling kanak-kanak dan remaja ialah sesi sokongan profesional satu-ke-satu yang disesuaikan dengan umur dan tahap perkembangan anak. Kaunselor membantu anak memahami dan mengurus emosi, dan ibu bapa boleh dilibatkan mengikut keperluan.

Antara isu yang sering kami bantu

Mengurus emosi

Marah, sedih atau cemas yang sukar dikawal.

Tekanan sekolah

Akademik, peperiksaan dan jangkaan yang tinggi.

Keyakinan diri

Rasa rendah diri dan sukar bergaul.

Rakan sebaya

Konflik atau tekanan dalam kalangan rakan.

Hubungan keluarga

Salah faham dengan ibu bapa atau adik-beradik.

Menarik diri

Lebih suka bersendirian dan mengelak interaksi.

Tingkah laku mencabar

Membantah, memberontak atau sukar mengikut arahan.

Perubahan hidup

Perpindahan, kehilangan atau perubahan dalam keluarga.

Kaunselor tidak membuat diagnosis perubatan. Jika perlu, kami akan mencadangkan rujukan kepada pakar pediatrik, psikiatri atau psikologi klinikal.

Bagaimana kami membantu

Apa yang berlaku dalam sesi kaunseling?

Setiap sesi berlangsung selama 1 jam 30 minit secara bersemuka di pejabat SYK, Skudai — termasuk 30 minit konsultasi bersama ibu bapa. Semua yang dikongsikan kekal sulit antara anak anda dan kaunselor.

1

Ibu bapa tempah slot

Tempah di sistem atau WhatsApp admin. Ceritakan secara ringkas apa yang anda perhatikan pada anak.

2

Sesi bersama anak

Kaunselor membina hubungan yang selamat dengan anak dan menggunakan pendekatan yang sesuai dengan umurnya.

3

Penglibatan ibu bapa

Ibu bapa boleh dilibatkan mengikut keperluan, untuk memahami cara menyokong anak di rumah.

4

Susulan mengikut keperluan

Kemajuan anak dipantau dari sesi ke sesi.

Lihat sendiri

Pusat kaunseling sebenar, pasukan sebenar

Pejabat kami terletak di Taman Universiti, Skudai. Selain sesi kaunseling, pasukan kami turut menjalankan saringan, ceramah dan program kesihatan mental bersama sekolah, universiti, agensi dan komuniti.

Bilik kaunseling di pejabat SYK

Ruang sesi yang tenang dan privasi

Pasukan Syoknya Kaunseling

Sokongan Kesihatan Mental Pekerja

Saringan kesihatan mental di program komuniti

Ceramah pengurusan emosi

Program bersama institusi pendidikan

Forum dan perkongsian awam

Program kesihatan mental komuniti

Pernah bekerjasama dengan

Ahli Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM) dan PERKAMA · Pernah ditemu bual di RTM TV1, Astro Prima dan Kool FM.

Pilih yang paling selesa

Sesi bersemuka untuk anak anda

Kaunseling bersemuka

RM320 sesi bersemuka
1 jam 30 minit, termasuk 30 minit konsultasi bersama ibu bapa. Penglibatan ibu bapa adalah wajib.

Sebelum menempah, sila baca polisi tempahan kami.

Kenali kaunselor kami

Setiap kaunselor kami terlatih dan berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia. Admin kami akan membantu memadankan anda dengan kaunselor yang paling sesuai dengan isu anda.

sarah-zainal

Sarah Zainal

Kaunselor Kanan

Rumahtangga, Pembangunan Kendiri & Kesihatan Mental

athirah-amri

Athirah Amri

Kaunselor

Umum, Pembangunan Kendiri, Kerjaya & Kekeluargaan

Nabhah Hanordin

Kaunselor

Remaja, Rumahtangga, Keluarga, Kerjaya & Kesihatan Mental

ezuan-ali

Ezuan Ali

Kaunselor

Kekeluargaan, Pembangunan Kendiri & Kerjaya

aiman-azlan

Aiman Azlan

Kaunselor

Pra-Perkahwinan, Rumahtangga & Keluarga

rizalman-rozi

Rizalman Rozi

Kaunselor

Kesihatan Mental, Kerjaya, Rumahtangga & Ketagihan

azizah-kamarulzaman

Nurul Azizah

Kaunselor

Kesihatan Mental, Keluarga & Perkahwinan

raihanawati-sanif

Raihanah Sanif

Kaunselor

Kesihatan Mental, Kerjaya, & Pembangunan Kendiri

ridzwan-farizuddin

Ridzwan Farizuddin

Kaunselor

Kesihatan Mental, Kerjaya, Rumahtangga & Ketagihan

Ulasan sebenar di Google

Apa kata klien kami

Sokongan Kesihatan Mental Pekerja
Mulakan hari ini

Anak yang didengari lebih mudah dibantu.

Tempah sesi bersemuka untuk anak anda bersama kaunselor berdaftar. Kalau belum pasti, WhatsApp admin kami dahulu untuk berbincang.

Soalan lazim tentang kaunseling kanak-kanak dan remaja

Kaunseling kanak-kanak & remaja ialah sesi sokongan profesional satu-ke-satu yang membantu kanak-kanak dan remaja memahami emosi, tingkah laku dan cabaran perkembangan diri dalam persekitaran yang selamat dan menyokong.

Sesi ini sesuai untuk kanak-kanak dan remaja berumur 7 hingga 18 tahun, bergantung kepada isu dan tahap perkembangan emosi mereka.

Antara isu yang biasa dibantu termasuk:

  • Kesukaran mengurus emosi (marah, sedih, cemas)

  • Tekanan sekolah atau akademik

  • Masalah keyakinan diri dan sosial

  • Konflik rakan sebaya atau keluarga

  • Tingkah laku mencabar atau menarik diri

  • Perubahan hidup yang memberi kesan emosi

Kebiasaannya sesi dijalankan secara individu bersama anak atau remaja.
Namun, penglibatan ibu bapa boleh dibincangkan secara beretika jika diperlukan untuk sokongan yang lebih menyeluruh.

Ya.
Semua sesi kaunseling adalah sulit dan mengikut etika profesional.
Maklumat hanya dikongsi dengan ibu bapa pada tahap yang sesuai dan perlu, demi kesejahteraan anak.

Itu perkara biasa.
Kaunselor menggunakan pendekatan mesra umur untuk membantu anak atau remaja berasa selamat, selesa dan bersedia untuk berkongsi mengikut kadar mereka sendiri.

Bilangan sesi bergantung kepada keperluan individu:

  • 3–6 sesi → isu ringan atau sokongan awal

  • 6–12 sesi → isu emosi atau tingkah laku yang memerlukan sokongan berterusan

Cadangan dibuat selepas sesi penilaian awal.

Perlukan bantuan segera? Jika anak atau sesiapa dalam bahaya, hubungi 999. Penderaan atau pengabaian kanak-kanak: Talian Kasih 15999 atau WhatsApp 019-261 5999. Talian HEAL 15555 (KKM).