Kaunseling Individu

Ada perkara yang sukar dikongsi dengan sesiapa?

Kadang-kadang kita cuma perlukan seseorang yang benar-benar mendengar, tanpa menghakimi dan tanpa membawa cerita ke mana-mana.

Kaunseling individu di Syoknya Kaunseling memberi anda ruang satu-ke-satu bersama kaunselor berdaftar untuk memahami emosi, fikiran dan cabaran hidup anda.

✓ Berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia  ·  ✓ Sesi 60 minit  ·  ✓ Bermula RM150

12K+

telah dibantu

6 tahun+

sejak ditubuhkan

4.9★

penilaian di Google

Ahad–Jumaat

slot siang & malam

Anda tidak perlu tunggu keadaan teruk

Adakah anda sedang melalui salah satu daripada ini?

Kaunseling bukan hanya untuk mereka yang mengalami masalah besar. Ia untuk sesiapa sahaja yang mahu memahami diri dan hidup dengan lebih tenang.

Meminta bantuan ialah satu cara menjaga diri.

Faham dahulu

Apa itu kaunseling individu?

Kaunseling individu ialah sesi sokongan profesional satu-ke-satu antara anda dan kaunselor berdaftar. Anda meneroka isu yang dihadapi dalam ruang yang selamat dan sulit, lalu dibimbing untuk memahami diri, mengurus emosi dan membuat keputusan dengan lebih jelas.

Antara isu yang sering kami bantu

Stres & tekanan hidup

Beban kerja, kewangan dan tanggungjawab harian.

Kebimbangan & overthinking

Fikiran berulang yang sukar diberhentikan.

Hubungan & kekecewaan

Putus cinta, konflik keluarga atau persahabatan.

Harga diri & keyakinan

Sering meragui diri dan rasa tidak cukup baik.

Keputusan hidup

Kerjaya, perkahwinan atau perubahan besar.

Kesedihan & kehilangan

Kehilangan orang tersayang atau sesuatu yang bermakna.

Mengurus emosi

Marah, kecewa atau sedih yang sukar dikawal.

Luka lama

Pengalaman lalu yang masih terasa hari ini.

Kaunselor tidak membuat diagnosis perubatan. Jika perlu, kami akan mencadangkan rujukan kepada pakar psikiatri atau psikologi klinikal.

Bagaimana kami membantu

Apa yang berlaku dalam sesi kaunseling?

Setiap sesi berlangsung selama 60 minit, secara online atau bersemuka. Semua yang anda kongsikan kekal sulit antara anda dan kaunselor.

1

Tempah slot

Pilih slot di sistem tempahan atau WhatsApp admin. Pengesahan dan pautan Google Meet dihantar melalui WhatsApp.

2

Ceritakan apa yang anda rasa

Anda boleh bercerita mengikut rentak sendiri. Tiada jawapan yang salah.

3

Faham dan rancang

Kaunselor membantu anda melihat situasi dengan lebih jelas dan merancang langkah seterusnya.

4

Susulan mengikut keperluan

Kemajuan dipantau dari sesi ke sesi. Anda tentukan kekerapan yang sesuai.

Tidak pasti isu anda termasuk kategori mana? Tidak mengapa. Ceritakan secara ringkas kepada admin kami, dan kami akan padankan anda dengan kaunselor yang sesuai.

Lihat sendiri

Pusat kaunseling sebenar, pasukan sebenar

Pejabat kami terletak di Taman Universiti, Skudai. Selain sesi kaunseling, pasukan kami turut menjalankan saringan, ceramah dan program kesihatan mental bersama sekolah, universiti, agensi dan komuniti.

Bilik kaunseling di pejabat SYK

Ruang sesi yang tenang dan privasi

Pasukan Syoknya Kaunseling

Sokongan Kesihatan Mental Pekerja

Saringan kesihatan mental di program komuniti

Ceramah pengurusan emosi

Program bersama institusi pendidikan

Forum dan perkongsian awam

Program kesihatan mental komuniti

Pernah bekerjasama dengan

Ahli Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM) dan PERKAMA · Pernah ditemu bual di RTM TV1, Astro Prima dan Kool FM.

Pilih yang paling selesa

Sesi online atau bersemuka, anda yang tentukan

Kaunseling online

RM150 panggilan suara  ·  RM200 panggilan video
Sesi 60 minit

Sebelum menempah, sila baca polisi tempahan kami.

Kaunseling bersemuka

RM220 individu (60 minit)  ·  RM320 pasangan (1 jam 30 minit)

Sebelum menempah, sila baca polisi tempahan kami.

Kenali kaunselor kami

Setiap kaunselor kami terlatih dan berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia. Admin kami akan membantu memadankan anda dengan kaunselor yang paling sesuai dengan isu anda.

sarah-zainal

Sarah Zainal

Kaunselor Kanan

Rumahtangga, Pembangunan Kendiri & Kesihatan Mental

athirah-amri

Athirah Amri

Kaunselor

Umum, Pembangunan Kendiri, Kerjaya & Kekeluargaan

Nabhah Hanordin

Kaunselor

Remaja, Rumahtangga, Keluarga, Kerjaya & Kesihatan Mental

Ezuan Ali

Kaunselor

Kekeluargaan, Pembangunan Kendiri & Kerjaya

Aiman Azlan

Kaunselor

Pra-Perkahwinan, Rumahtangga & Keluarga

rizalman-rozi

Rizalman Rozi

Kaunselor

Kesihatan Mental, Kerjaya, Rumahtangga & Ketagihan

azizah-kamarulzaman

Nurul Azizah

Kaunselor

Kesihatan Mental, Keluarga & Perkahwinan

raihanawati-sanif

Raihanah Sanif

Kaunselor

Kesihatan Mental, Kerjaya, & Pembangunan Kendiri

ridzwan-farizuddin

Ridzwan Farizuddin

Kaunselor

Kesihatan Mental, Kerjaya, Rumahtangga & Ketagihan

Ulasan sebenar di Google

Apa kata klien kami

Mulakan hari ini

Langkah pertama tidak perlu sempurna. Cukup dengan mula bercakap.

Tempah sesi 60 minit dengan kaunselor berdaftar. Kalau anda belum pasti, WhatsApp admin kami dahulu. Kami akan bantu padankan anda dengan kaunselor yang sesuai.

Soalan lazim tentang kaunseling individu

Kaunseling Individu ialah sesi bantuan profesional secara satu-ke-satu antara klien dan kaunselor berdaftar. Ia bertujuan membantu anda meneroka emosi, pemikiran dan cabaran hidup dalam ruang yang selamat, sulit dan beretika.

Kaunseling Individu sesuai untuk sesiapa yang berasa tertekan, cemas, penat emosi atau sedang melalui perubahan hidup. Ia juga sesuai untuk individu yang ingin memahami diri dengan lebih mendalam walaupun tiada “masalah besar”.

Sesi Kaunseling Individu dijalankan secara perbincangan terbuka dan berfokus antara anda dan kaunselor. Anda bebas berkongsi mengikut tahap keselesaan, dan kaunselor akan membimbing secara empati serta profesional tanpa penghakiman.

Ya. Semua sesi Kaunseling Individu adalah sulit dan mematuhi etika kaunseling. Privasi, keselamatan emosi dan kesejahteraan klien adalah keutamaan kami.

Bilangan sesi Kaunseling Individu bergantung kepada keperluan dan isu setiap individu. Sesetengah klien mendapat manfaat dalam beberapa sesi, manakala yang lain memilih sokongan jangka sederhana atau panjang. Cadangan akan dibuat selepas sesi penilaian awal.

Ya. Kaunseling Individu di SyoknyaKaunseling ditawarkan secara atas talian (online) dan bersemuka (fizikal), bergantung kepada keperluan dan keselesaan anda. Kedua-dua kaedah dijalankan secara profesional dan berkesan.

Tidak perlu. Anda tidak perlu menyediakan skrip atau tahu apa yang hendak dikatakan. Kaunseling Individu bermula dari tahap kesediaan anda, dan kaunselor akan membantu membimbing perbincangan secara berperingkat.

Perlukan bantuan segera? Jika anda atau seseorang dalam bahaya, hubungi 999. Talian HEAL 15555 (KKM, 8 pagi hingga 12 tengah malam) · Befrienders KL 03-7627 2929.