Soalan lazim tentang kaunseling kesihatan mental
Ya. Semua sesi kaunseling adalah 100% sulit dan dilindungi oleh etika profesional kaunseling.
Maklumat anda tidak akan dikongsi kepada mana-mana pihak tanpa kebenaran, kecuali dalam situasi tertentu yang melibatkan keselamatan diri atau orang lain seperti yang digariskan oleh etika kaunseling.
Ya. Anda tidak perlu menunggu sehingga keadaan menjadi teruk untuk mendapatkan bantuan.
Kaunseling sesuai walaupun anda hanya berasa tertekan, keliru, penat secara emosi, atau mahu memahami diri dengan lebih baik.
Tidak.
Kaunseling kesihatan mental tidak memerlukan diagnosis untuk memulakan sesi.
Kaunselor akan membantu anda memahami keadaan emosi dan keperluan anda secara berperingkat melalui sesi penilaian awal.
Kaunselor membantu dari segi sokongan emosi, pemikiran, tingkah laku dan kemahiran mengurus diri melalui sesi perbualan profesional.
Psikiatri pula memberi fokus kepada rawatan perubatan dan ubat.
Jika perlu, kaunselor akan mencadangkan rujukan secara beretika.
Itu perkara biasa dan anda berhak untuk bersuara.
Anda boleh berbincang atau memohon pertukaran kaunselor agar anda berasa lebih selesa dan selamat sepanjang proses kaunseling.
Tidak.
Kaunseling dijalankan mengikut kesediaan dan kadar anda.
Anda hanya berkongsi apa yang anda selesa, dan kaunselor akan menghormati batasan tersebut.
Ya.
Kami menawarkan sesi online dan bersemuka, bergantung kepada keselesaan, lokasi dan keperluan anda.
Syoknya Kaunseling bukan perkhidmatan kecemasan. Jika anda atau seseorang berada dalam bahaya segera, hubungi 999 atau pergi ke jabatan kecemasan hospital yang berdekatan. Anda juga boleh menghubungi Talian HEAL 15555 (Kementerian Kesihatan Malaysia, 8 pagi hingga 12 tengah malam) atau Befrienders KL 03-7627 2929.
Perlukan bantuan segera? Jika anda atau seseorang dalam bahaya, hubungi 999. Talian HEAL 15555 (KKM, 8 pagi hingga 12 tengah malam) · Befrienders KL 03-7627 2929.