Kaunseling Rumahtangga Individu & Pasangan

Serumah, tetapi hati terasa semakin jauh?

Bergaduh tentang perkara kecil. Bercakap, tetapi tidak didengari. Atau memilih untuk diam supaya tidak bertengkar lagi. Lama-kelamaan, rumah yang sepatutnya tenang terasa berat untuk pulang.

Di Syoknya Kaunseling, anda boleh berbincang dengan kaunselor berdaftar, seorang diri atau bersama pasangan, dalam ruang yang selamat, sulit dan tidak menyebelahi mana-mana pihak.

✓ Berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia  ·  ✓ Sesi individu atau pasangan  ·  ✓ Bermula RM150

12K+

telah dibantu

6 tahun+

sejak ditubuhkan

4.9★

penilaian di Google

Ahad–Jumaat

slot siang & malam

Setiap rumah tangga diuji

Adakah ini yang sedang berlaku dalam rumah tangga anda?

Apa yang anda rasa bukan tanda anda gagal sebagai suami atau isteri. Ia tanda ada sesuatu yang perlu difahami dan dibaiki.

Anda boleh bermula walaupun pasangan belum bersedia. Sesi individu memberi anda ruang untuk menenangkan fikiran dan memahami situasi dengan lebih jelas.

Faham dahulu

Apa itu kaunseling rumahtangga?

Kaunseling rumahtangga ialah sesi sokongan profesional untuk membantu suami, isteri atau pasangan memahami punca konflik, memperbaiki komunikasi dan membuat keputusan dengan lebih tenang. Sesi boleh dijalankan secara individu (satu-ke-satu) atau bersama pasangan.

Antara isu yang sering kami bantu

Komunikasi & salah faham

Cakap lain, difahami lain. Belajar menyampaikan dan mendengar semula.

Konflik berulang

Pertengkaran yang berpusing pada isu yang sama tanpa penyelesaian.

Membina semula kepercayaan

Selepas kecurangan, penipuan atau janji yang dimungkiri.

Keintiman suami isteri

Jarak emosi dan fizikal yang sukar dibincangkan. Lihat juga panduan Kamardankelambu.

Hubungan dengan mentua

Batas, harapan dan peranan dalam keluarga besar.

Kewangan rumah tangga

Perbezaan cara berbelanja, hutang dan tanggungjawab nafkah.

Keibubapaan & anak-anak

Berbeza cara mendidik, atau tekanan selepas kelahiran anak.

Pertimbangan untuk berpisah

Ruang untuk berfikir dengan tenang sebelum membuat keputusan besar.

Kaunselor kami kekal neutral dan tidak menyebelahi mana-mana pihak. Fokus kami ialah kefahaman, keselamatan dan kesejahteraan semua yang terlibat.

Bagaimana kami membantu

Apa yang berlaku dalam sesi kaunseling?

Setiap sesi berlangsung selama 60 minit, secara online atau bersemuka. Semua yang dikongsikan kekal sulit antara anda dan kaunselor.

1

Tempah slot

Pilih slot di sistem tempahan atau WhatsApp admin. Beritahu kami sama ada sesi individu atau bersama pasangan.

2

Ceritakan dari sudut anda

Kaunselor mendengar tanpa menghakimi dan membantu anda melihat punca sebenar konflik.

3

Belajar berhubung semula

Anda dibimbing dengan cara praktikal untuk berkomunikasi, mengurus emosi dan menetapkan batas yang sihat.

4

Susulan mengikut keperluan

Kemajuan dipantau dari sesi ke sesi. Pasangan boleh menyertai sesi seterusnya apabila bersedia.

Lihat sendiri

Pusat kaunseling sebenar, pasukan sebenar

Pejabat kami terletak di Taman Universiti, Skudai. Selain sesi kaunseling, pasukan kami turut menjalankan saringan, ceramah dan program kesihatan mental bersama sekolah, universiti, agensi dan komuniti.

Bilik kaunseling di pejabat SYK

Ruang sesi yang tenang dan privasi

Pasukan Syoknya Kaunseling

Sokongan Kesihatan Mental Pekerja

Saringan kesihatan mental di program komuniti

Ceramah pengurusan emosi

Program bersama institusi pendidikan

Forum dan perkongsian awam

Program kesihatan mental komuniti

Pernah bekerjasama dengan

Ahli Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM) dan PERKAMA · Pernah ditemu bual di RTM TV1, Astro Prima dan Kool FM.

Pilih yang sesuai

Sesi individu atau bersama pasangan

Sesi individu

RM150 online panggilan suara  ·  RM200 online video  ·  RM220 bersemuka
Sesi individu 60 minit

Sebelum menempah, sila baca polisi tempahan kami.

Sesi bersama pasangan

RM320 sesi pasangan, online atau bersemuka
Sesi 1 jam 30 minit

Sebelum menempah, sila baca polisi tempahan kami.

Kenali kaunselor kami

Setiap kaunselor kami terlatih dan berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia. Admin kami akan membantu memadankan anda dengan kaunselor yang paling sesuai dengan isu anda.

sarah-zainal

Sarah Zainal

Kaunselor Kanan

Rumahtangga, Pembangunan Kendiri & Kesihatan Mental

athirah-amri

Athirah Amri

Kaunselor

Umum, Pembangunan Kendiri, Kerjaya & Kekeluargaan

Nabhah Hanordin

Kaunselor

Remaja, Rumahtangga, Keluarga, Kerjaya & Kesihatan Mental

Ezuan Ali

Kaunselor

Kekeluargaan, Pembangunan Kendiri & Kerjaya

Aiman Azlan

Kaunselor

Pra-Perkahwinan, Rumahtangga & Keluarga

rizalman-rozi

Rizalman Rozi

Kaunselor

Kesihatan Mental, Kerjaya, Rumahtangga & Ketagihan

azizah-kamarulzaman

Nurul Azizah

Kaunselor

Kesihatan Mental, Keluarga & Perkahwinan

raihanawati-sanif

Raihanah Sanif

Kaunselor

Kesihatan Mental, Kerjaya, & Pembangunan Kendiri

ridzwan-farizuddin

Ridzwan Farizuddin

Kaunselor

Kesihatan Mental, Kerjaya, Rumahtangga & Ketagihan

Ulasan sebenar di Google

Apa kata klien kami

Mulakan hari ini

Rumah tangga yang tenang bermula dengan satu perbualan yang jujur.

Tempah sesi 60 minit dengan kaunselor berdaftar, seorang diri atau bersama pasangan. Kalau belum pasti, WhatsApp admin kami dahulu. Kami bantu padankan anda dengan kaunselor yang sesuai.

Soalan lazim tentang kaunseling rumahtangga

Kaunseling rumahtangga individu ialah sesi sokongan profesional satu-ke-satu yang memberi ruang selamat kepada individu untuk meneroka isu, emosi dan cabaran dalam perkahwinan secara peribadi dan sulit.

Ya.
Kaunseling rumahtangga individu tidak memerlukan kehadiran pasangan. Ia sesuai untuk individu yang ingin memahami situasi diri, mengurus emosi dan membuat keputusan secara lebih tenang sebelum atau tanpa sesi berpasangan.

Tidak.
Kaunselor mengekalkan pendekatan neutral dan profesional, dengan fokus kepada kesejahteraan emosi dan kefahaman diri anda, bukan menyalahkan atau menyebelahi mana-mana pihak.

Antara isu yang biasa dibincangkan:

  • Konflik dan tekanan dalam perkahwinan

  • Masalah komunikasi dengan pasangan

  • Rasa kecewa, marah atau keletihan emosi

  • Kekeliruan dalam membuat keputusan rumahtangga

  • Cabaran peranan sebagai suami atau isteri

Sesi pertama memberi ruang untuk:

  • Anda berkongsi situasi dan cabaran rumahtangga

  • Kaunselor memahami keperluan dan matlamat anda

  • Menetapkan fokus sokongan yang sesuai

Sesi dijalankan tanpa paksaan dan tanpa penghakiman.

Setiap sesi biasanya berlangsung 60–90 minit, bergantung kepada keperluan dan kesesuaian sesi.

Kaunseling rumahtangga individu bukan untuk memaksa sebarang keputusan.
Fokus utama adalah membantu anda memahami diri, mengurus emosi dan membuat keputusan yang paling sihat untuk kesejahteraan anda.

Keselamatan anda dan anak-anak ialah keutamaan. Jika anda berada dalam bahaya segera, hubungi 999. Untuk bantuan berkaitan keganasan rumah tangga, anda boleh menghubungi Talian Kasih 15999 (KPWKM) atau WhatsApp 019-261 5999. Syoknya Kaunseling bukan perkhidmatan kecemasan.

Perlukan bantuan segera? Jika anda atau anak-anak dalam bahaya, hubungi 999. Keganasan rumah tangga: Talian Kasih 15999 atau WhatsApp 019-261 5999.