POLISI TEMPAHAN SESI KAUNSELING DAN POLISI DATA KLIEN

POLISI TEMPAHAN SESI KAUNSELING

  • Klien mestilah berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Klien perlu mengenal pasti terlebih dahulu isu yang ingin dibincangkan.
  • Klien boleh memilih Kaunselor dan memilih waktu sesi mengikut ketersediaan kaunselor dan kekosongan tarikh dikalendar tempahan.
  • Klien tidak boleh menukar Kaunselor selepas tempahan dilakukan.
  • Sebarang penukaran tarikh akan mengakibatkan klien diletak dalam senarai menunggu sehingga terdapat kekosongan tarikh baru. Sila rujuk Polisi Bayaran Balik
  • Setiap tempahan sesi mestilah diselesaikan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh tempahan. Pihak Syoknya Kaunseling berhak untuk membatalkan sesi yang tidak diselesaikan selepas tempoh tersebut.

** Bagi klien di bawah umur 18 tahun mestilah mendapat kebenaran daripada ibu bapa/penjaga. Klien mestilah mengisi borang kebenaran mendapatkan sesi kaunseling sebelum sesi dilaksanakan.

Untuk memastikan bahawa SyokNya Kaunseling sedia membantu seberapa ramai klien, ketidakhadiran bagi sesi yang telah dijadualkan tanpa sebarang pemakluman akan dianggap sebagai pembatalan sesi dan mengakibatkan 100% bayaran sesi dikenakan.
  • Kami faham rancangan boleh berubah. Jika anda perlu menjadual semula sesi setelah ianya disahkan, sila maklumkan kepada kami dengan notis sekurang-kurangnya 24 jam sebelum dengan menghubungi kami melalui WhatsApp di nombor +6018 252 7055 
  • Penjadualan semula bagi kali pertama adalah percuma. Penjadualan bagi kali kedua akan mengakibatkan anda perlu membayara 50% daripada yuran sesi. Baki yuran akan dibawa ke sesi penjadualan baru, dan anda perlu menambah 50% yuran tambahan.
  • Polisi ini bagi memastikan semua pelanggan SyokNya Kaunseling menerima perhatian dan penjagaan yang sepatutnya. Notis sekurang-kurangnya 24 jam sebelum membolehkan Kaunselor membantu klien lain dalam senarai menunggu.
  • Dengan persefahaman yang sama, SyokNya Kaunseling berhak untuk mengubah suai atau membatalkan mana-mana sesi sekurang-kurangnya 24 jam lebih awal sekiranya berlaku keadaan yang dikesali dan tidak dijangka. Anda akan dimaklumkan tentang sebarang perubahan melalui WhatsApp. Sekiranya kaunselor tidak memberikan notis pembatalan atau penjadualan, anda akan mendapat satu sesi tambahan secara percuma. Pihak SYK akan menghubungi anda untuk penjadualan baru.
  • Sila maklum bahawa hanya satu (1) penukaran sesi dengan notis 24 jam sebelum boleh dilakukan. Sebarang penukaran sesi melebihi satu kali akan dianggap tidak hadir dan mengakibatkan 100% bayaran sesi dikenakan.
  • Sila maklum bahawa SyokNya Kaunseling mengamalkan polisi tiada bayaran semula (non-refundable).
  • Pembatalan atau tidak hadir ke sesi kaunseling tanpa makluman akan mengakibatkan 100% bayaran yuran sesi. Oleh itu tiada pemulangan wang dilakukan.
  • Demikian juga, jika kaunselor menjadualkan semula atau membatalkan sesi dengan notis kurang daripada 24 jam, maka sesi percuma akan diberikan. Yuran yang anda bayar boleh digunakan pada sesi yang seterusnya.

POLISI DATA KLIEN

  • Dengan melakukan tempahan sesi kaunseling bersama SyokNya Kaunseling, ini bermaksud klien bersetuju untuk berkongsi data peribadi klien dengan kami.
  • Data peribadi klien adalah sulit, selamat dan dilindungi di bawah AKTA KAUNSELOR 1998 (AKTA 580)
  • Klien perlu mengisi borang persetujuan termaklum (consent form) dan juga borang maklumat peribadi sebelum sesi dilaksanakan.
  • Klien 18 tahun dan ke bawah mestilah mendapat kebenaran ibu bapa/penjaga dan mengisi borang kebenaran melakukan sesi