Konsultasi Saringan Kesihatan Mental

Penat, stres atau rasa tak kena — tapi tak pasti kenapa?

Mulakan dengan saringan. Jawab 4 saringan dalam talian, terima keputusan terus di emel, kemudian bincang satu keputusan pilihan anda bersama kaunselor berdaftar dalam sesi konsultasi 15 minit.

✓ Kaunselor berdaftar Lembaga Kaunselor Malaysia  ·  ✓ 4 saringan termasuk  ·  ✓ Keputusan terus ke emel

12K+

telah dibantu

6 tahun+

sejak ditubuhkan

4.9★

penilaian di Google

Ahad–Jumaat

slot siang & malam

Anda tidak keseorangan

Adakah anda rasa begini?

Ramai yang pendam lama sebab tak pasti — “ini normal ke, atau saya perlukan bantuan?” Saringan bantu anda nampak gambaran yang lebih jelas, supaya anda tahu langkah seterusnya.

Yang anda dapat

Konsultasi peribadi 15 minit bersama kaunselor berdaftar

Bincang satu keputusan saringan pilihan anda — apa maksudnya, dan apa langkah yang sesuai untuk anda. Anda tetap terima kesemua 4 keputusan saringan terus di emel.

Termasuk dalam pakej: 4 saringan

DASS-21

Melihat tahap kemurungan, keresahan dan stres anda.

CBI (Burnout)

Mengukur tahap burnout — peribadi, kerja dan klien.

Love Language

Cara anda memberi dan menerima kasih sayang.

Attachment Style

Corak anda dalam hubungan yang rapat.

RM89

Satu harga: konsultasi 15 minit + 4 saringan

Sebelum menempah, sila baca polisi tempahan kami.

Cara ia berjalan

Tiga langkah mudah

1. Buat bayaran

Isi borang di bawah dan buat bayaran RM89 secara dalam talian.

2. Jawab saringan

Anda akan terima emel berserta pautan saringan. Setiap satu ambil masa sekitar 5 minit.

3. Terima keputusan & konsultasi

Keputusan dihantar ke emel. Tempah slot konsultasi 15 minit pada tarikh dan masa yang anda selesa.

Kenali kaunselor kami

Setiap kaunselor kami terlatih dan berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia. Admin kami akan membantu memadankan anda dengan kaunselor yang paling sesuai dengan isu anda.

sarah-zainal

Sarah Zainal

Kaunselor Kanan

Rumahtangga, Pembangunan Kendiri & Kesihatan Mental

athirah-amri

Athirah Amri

Kaunselor

Umum, Pembangunan Kendiri, Kerjaya & Kekeluargaan

Nabhah Hanordin

Kaunselor

Remaja, Rumahtangga, Keluarga, Kerjaya & Kesihatan Mental

ezuan-ali

Ezuan Ali

Kaunselor

Kekeluargaan, Pembangunan Kendiri & Kerjaya

aiman-azlan

Aiman Azlan

Kaunselor

Pra-Perkahwinan, Rumahtangga & Keluarga

rizalman-rozi

Rizalman Rozi

Kaunselor

Kesihatan Mental, Kerjaya, Rumahtangga & Ketagihan

azizah-kamarulzaman

Nurul Azizah

Kaunselor

Kesihatan Mental, Keluarga & Perkahwinan

raihanawati-sanif

Raihanah Sanif

Kaunselor

Kesihatan Mental, Kerjaya, & Pembangunan Kendiri

ridzwan-farizuddin

Ridzwan Farizuddin

Kaunselor

Kesihatan Mental, Kerjaya, Rumahtangga & Ketagihan

Ulasan sebenar di Google

Apa kata klien kami

Mulakan sekarang

Dapatkan pakej saringan — RM89

Konsultasi peribadi 15 minit + akses 4 saringan. Pautan saringan dihantar ke emel anda selepas bayaran.

Sebelum menempah, sila baca polisi tempahan kami.

Soalan lazim tentang saringan

Setiap saringan ambil masa sekitar 5 minit sahaja. Boleh buat satu-satu ikut kelapangan anda.

Konsultasi termasuk dalam pakej, tapi anda yang tentukan bila nak tebus slot (dalam tempoh yang dinyatakan). Kalau tak tebus, saringan tetap sah dan keputusan tetap anda dapat.

Satu sesi 15 minit — bincang SATU keputusan saringan pilihan anda.

Boleh pilih tarikh dan masa (sesi siang atau malam) ikut waktu operasi kami, Ahad hingga Jumaat. Tapi anda tak boleh pilih kaunselor tertentu — slot akan ditetapkan mengikut kaunselor yang bertugas pada masa tersebut.

Tidak. Saringan memberi gambaran awal tentang tahap stres, burnout atau corak hubungan anda — ia bukan diagnosis. Kaunselor akan bantu anda faham keputusan dan cadangkan langkah seterusnya yang sesuai.

Ya. Jawapan saringan anda sulit, hanya digunakan untuk keputusan dan sesi konsultasi anda.

Ya. Anda tidak perlu menunggu sehingga keadaan menjadi teruk untuk mendapatkan bantuan.
Kaunseling sesuai walaupun anda hanya berasa tertekan, keliru, penat secara emosi, atau mahu memahami diri dengan lebih baik.

Tidak.
Kaunseling kesihatan mental tidak memerlukan diagnosis untuk memulakan sesi.
Kaunselor akan membantu anda memahami keadaan emosi dan keperluan anda secara berperingkat melalui sesi penilaian awal.

Kaunselor membantu dari segi sokongan emosi, pemikiran, tingkah laku dan kemahiran mengurus diri melalui sesi perbualan profesional.
Psikiatri pula memberi fokus kepada rawatan perubatan dan ubat.
Jika perlu, kaunselor akan mencadangkan rujukan secara beretika.

Itu perkara biasa dan anda berhak untuk bersuara.
Anda boleh berbincang atau memohon pertukaran kaunselor agar anda berasa lebih selesa dan selamat sepanjang proses kaunseling.

Tidak.
Kaunseling dijalankan mengikut kesediaan dan kadar anda.
Anda hanya berkongsi apa yang anda selesa, dan kaunselor akan menghormati batasan tersebut.

Ya.
Kami menawarkan sesi online dan bersemuka, bergantung kepada keselesaan, lokasi dan keperluan anda.

Syoknya Kaunseling bukan perkhidmatan kecemasan. Jika anda atau seseorang berada dalam bahaya segera, hubungi 999 atau pergi ke jabatan kecemasan hospital yang berdekatan. Anda juga boleh menghubungi Talian HEAL 15555 (Kementerian Kesihatan Malaysia, 8 pagi hingga 12 tengah malam) atau Befrienders KL 03-7627 2929.

Perlukan bantuan segera? Jika anda atau seseorang dalam bahaya, hubungi 999. Talian HEAL 15555 (KKM, 8 pagi hingga 12 tengah malam) · Befrienders KL 03-7627 2929.