Ezuan Bin Ahmad Ali

Kaunselor Ezuan Ali

Kaunselor berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia. Fokus sesi: Kekeluargaan, Pembangunan Kendiri & Kerjaya. Sesi boleh dibuat secara online atau bersemuka di pejabat Syoknya Kaunseling, Skudai.

✓ Kaunselor Berdaftar LKM  ·  ✓ Online & bersemuka  ·  ✓ Sesi sulit

Tentang Kaunselor Ezuan

Pengalaman & pendekatan

Ezuan bin Ahmad Ali merupakan seorang kaunselor yang mempunyai pengalaman lebih lima (5) tahun sebagai Pegawai Khidmat Nasihat dan Kaunselor pekerja serta komuniti di Kulim Malaysia Berhad bermula dari tahun 2015 hingga kini.

Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau telah mengendalikan pelbagai sesi kaunseling merangkumi kaunseling keluarga, kerjaya, kaunseling remaja, kaunseling salah laku dalam pekerjaan serta kaunseling penyalahgunaan dadah. Walau bagaimanapun, kaunseling keluarga merupakan fokus utama dan paling kerap dilaksanakan berdasarkan keperluan klien dan organisasi.

Beliau juga berperanan sebagai pakar rujuk kepada Jabatan Sumber Manusia Kulim Malaysia Berhad, khususnya berkaitan isu-isu kemasyarakatan dan kekeluargaan dalam kalangan pekerja. Selain menjalankan sesi kaunseling, beliau aktif menyampaikan ceramah motivasi serta merancang dan melaksanakan program pembangunan kerjaya dan kekeluargaan bagi warga syarikat tersebut.

Pendekatan beliau menggabungkan kefahaman agama, pengalaman lapangan dan amalan kaunseling profesional dalam membantu individu dan keluarga mencapai kesejahteraan emosi serta keharmonian hidup.

Kelayakan & lesen

Bidang fokus

Ulasan sebenar di Google

Apa kata klien kami

Mulakan hari ini

Langkah pertama tidak perlu sempurna. Cukup dengan mula bercakap.

Tempah sesi 60 minit dengan kaunselor berdaftar. Kalau anda belum pasti, WhatsApp admin kami dahulu. Kami akan bantu padankan anda dengan kaunselor yang sesuai.