Raihanawati Binti Mohd Sanif

Kaunselor Raihanah Sanif

Kaunselor berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia. Fokus sesi: Kesihatan Mental, Kerjaya & Pembangunan Kendiri. Sesi dijalankan secara online sahaja (panggilan suara atau panggilan video), dari mana-mana lokasi.

✓ Kaunselor Berdaftar LKM  ·  ✓ Sesi online  ·  ✓ Sesi sulit

raihanawati-sanif
Tentang Kaunselor Raihanah

Pengalaman & pendekatan

Raihanawati binti Mohd Sanif merupakan seorang kaunselor berdaftar yang mempunyai pengalaman selama tiga (3) tahun sebagai kaunselor sepenuh masa di sebuah badan NGO, iaitu IMARET (IMAM Response and Relief Team). Penglibatan beliau dalam organisasi kemanusiaan ini telah memperkukuh kemahiran beliau dalam menyokong kesejahteraan psikososial individu dan komuniti.

Beliau memulakan perkhidmatan sebagai kaunselor pelatih di SMK Pasir Gudang dan UiTM Kampus Pasir Gudang. Sepanjang perjalanan profesional sebagai kaunselor, beliau berpengalaman mengendalikan pelbagai isu berkaitan kesihatan mental seperti tekanan emosi, kemurungan, keresahan dan trauma, di samping isu-isu lain termasuk pengurusan emosi, pembangunan kendiri, proses kehilangan (grief) dan pemilihan kerjaya.

Selain mengendalikan sesi kaunseling, beliau juga aktif melaksanakan program-program sokongan komuniti dan sering terlibat dalam aktiviti kesukarelawanan. Antaranya termasuk penyampaian Psychological First Aid (PFA) kepada mangsa banjir serta penglibatan dalam misi bantuan sokongan psikososial kepada mangsa gempa bumi di Turkiye. Pengalaman ini mencerminkan komitmen beliau dalam memberikan bantuan kemanusiaan berasaskan kepakaran kaunseling.

Kini, beliau mengambil peluang untuk bergabung tenaga bersama Syoknya Kaunseling bagi membantu lebih ramai individu dan keluarga yang memerlukan sokongan psikologi dan kaunseling secara profesional dan beretika.

Kelayakan & lesen

Bidang fokus

Ulasan sebenar di Google

Apa kata klien kami

Mulakan hari ini

Langkah pertama tidak perlu sempurna. Cukup dengan mula bercakap.

Tempah sesi 60 minit dengan kaunselor berdaftar. Kalau anda belum pasti, WhatsApp admin kami dahulu. Kami akan bantu padankan anda dengan kaunselor yang sesuai.