Fatin Nurul Athirah Binti Mohamad Amri

Kaunselor Athirah Amri

Kaunselor berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia. Fokus sesi: Umum, Pembangunan Kendiri, Kerjaya & Kekeluargaan. Sesi boleh dibuat secara online atau bersemuka di pejabat Syoknya Kaunseling, Skudai.

✓ Kaunselor Berdaftar LKM  ·  ✓ Online & bersemuka  ·  ✓ Sesi sulit

athirah-amri
Tentang Kaunselor Athirah

Pengalaman & pendekatan

Athirah Amri merupakan Kaunselor Berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM) dengan pengalaman selama 5 tahun dalam bidang perkhidmatan kaunseling profesional. Kini bersama Syoknya Kaunseling, beliau banyak mengendalikan sesi berkaitan rumahtangga, perkahwinan, hubungan pasangan, keluarga, pembangunan kendiri dan pengurusan emosi.

Pengalaman beliau merangkumi isu seperti komunikasi pasangan, penyesuaian peranan dan tanggungjawab suami isteri, konflik serta dinamika perhubungan, krisis rumahtangga, pengurusan emosi, keyakinan diri dan cabaran dalam hubungan kekeluargaan. Beliau turut mempunyai pengalaman dalam bimbingan kerjaya dan akademik, termasuk membantu klien memahami hala tuju serta menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran.

Dalam sesi kaunseling, Athirah lebih mesra dengan Pendekatan Pemusatan Klien (Person-Centered) dan Solution-Focused Brief Therapy (SFBT), dengan penekanan kepada ruang yang selamat, empati dan tanpa judgment. Beliau percaya setiap klien mempunyai kekuatan dan keupayaan untuk memahami diri, membuat pilihan serta membina perubahan yang lebih bermakna dalam kehidupan.

Kelayakan & lesen

Bidang fokus

Ulasan sebenar di Google

Apa kata klien kami

Mulakan hari ini

Langkah pertama tidak perlu sempurna. Cukup dengan mula bercakap.

Tempah sesi 60 minit dengan kaunselor berdaftar. Kalau anda belum pasti, WhatsApp admin kami dahulu. Kami akan bantu padankan anda dengan kaunselor yang sesuai.