Muhammad Aiman Bin Azlan

Kaunselor Aiman Azlan

Kaunselor berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia. Fokus sesi: Pra-Perkahwinan, Rumahtangga & Keluarga. Sesi dijalankan secara online sahaja (panggilan suara atau panggilan video), dari mana-mana lokasi.

✓ Kaunselor Berdaftar LKM  ·  ✓ Sesi online  ·  ✓ Sesi sulit

Tentang Kaunselor Aiman

Pengalaman & pendekatan

Muhammad Aiman bin Azlan merupakan seorang penceramah antarabangsa dan penulis yang mempunyai pengalaman lebih 12 tahun dalam bidang pembangunan diri, psikospiritual dan perhubungan. Beliau aktif menyantuni golongan belia serta masyarakat umum melalui pelbagai platform pendidikan dan pembangunan insan.

Sejak tahun 2011 hingga kini, beliau kekal aktif sebagai content creator, menyampaikan mesej utama tentang hidup berprinsip dan mengambil tanggungjawab terhadap kehidupan sendiri. Perkongsian beliau disampaikan melalui video, podcast dan penulisan di media sosial, yang memberi fokus kepada pembinaan jati diri, kesedaran kendiri dan kematangan emosi.

Selain penglibatan dalam platform digital, beliau juga aktif berinteraksi secara langsung dengan masyarakat melalui ceramah, seminar dan bengkel. Antara topik yang sering dibawakan termasuk keyakinan diri, perhubungan, pendidikan, kerjaya serta kesejahteraan psikospiritual dan keharmonian perkahwinan, termasuk melalui kelas dalam talian.

Kini, setelah memperoleh lesen kaunselor berdaftar, beliau memberi fokus yang lebih mendalam kepada isu rumahtangga dan kekeluargaan, dengan menggabungkan pengalaman luas sebagai penceramah dan penulis bersama amalan kaunseling profesional bagi membantu individu dan keluarga membina hubungan yang lebih sihat dan bermakna.

Kelayakan & lesen

Bidang fokus

Ulasan sebenar di Google

Apa kata klien kami

Mulakan hari ini

Langkah pertama tidak perlu sempurna. Cukup dengan mula bercakap.

Tempah sesi 60 minit dengan kaunselor berdaftar. Kalau anda belum pasti, WhatsApp admin kami dahulu. Kami akan bantu padankan anda dengan kaunselor yang sesuai.