Athirah Amri
Nama
Athirah Amri
No. Lesen KBPA
KB09326, PA08945
Akademik
Sarjana Muda Usuluddin (Dakwah & Pembangunan Insan), Universiti Malaya. Sarjana Sains Kaunseling, Universiti Utara Malaysia.
Tentang Beliau
Beliau memulakan pengalaman latihan profesional kaunseling di sekolah. Sepanjang pengalaman menjadi kaunselor pelatih di sekolah, beliau banyak menjalankan sesi kaunseling yang membabitkan isu-isu yang berkaitan pembangunan diri remaja terutama dari segi membuat penyesuaian diri, membina keyakinan diri, akademik, hala tuju kerjaya, isu perhubungan Selain itu, beliau juga pernah melakukan latihan professional di Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru dan berpengalaman mengendalikan sesi kaunseling rumahtangga yang melibatkan isu-isu komunikasi, adaptasi peranan & tanggungjawab, corak perhubungan dan keganasan rumahtangga. Kini, beliau mengambil peluang untuk terus menimba pengalaman yang lebih meluas di SyokNya Kaunseling.