Soalan lazim tentang saringan
Setiap saringan ambil masa sekitar 5 minit sahaja. Boleh buat satu-satu ikut kelapangan anda.
Konsultasi termasuk dalam pakej, tapi anda yang tentukan bila nak tebus slot (dalam tempoh yang dinyatakan). Kalau tak tebus, saringan tetap sah dan keputusan tetap anda dapat.
Satu sesi 15 minit — bincang SATU keputusan saringan pilihan anda.
Boleh pilih tarikh dan masa (sesi siang atau malam) ikut waktu operasi kami, Ahad hingga Jumaat. Tapi anda tak boleh pilih kaunselor tertentu — slot akan ditetapkan mengikut kaunselor yang bertugas pada masa tersebut.
Tidak. Saringan memberi gambaran awal tentang tahap stres, burnout atau corak hubungan anda — ia bukan diagnosis. Kaunselor akan bantu anda faham keputusan dan cadangkan langkah seterusnya yang sesuai.
Ya. Jawapan saringan anda sulit, hanya digunakan untuk keputusan dan sesi konsultasi anda.
Ya. Anda tidak perlu menunggu sehingga keadaan menjadi teruk untuk mendapatkan bantuan.
Kaunseling sesuai walaupun anda hanya berasa tertekan, keliru, penat secara emosi, atau mahu memahami diri dengan lebih baik.
Tidak.
Kaunseling kesihatan mental tidak memerlukan diagnosis untuk memulakan sesi.
Kaunselor akan membantu anda memahami keadaan emosi dan keperluan anda secara berperingkat melalui sesi penilaian awal.
Kaunselor membantu dari segi sokongan emosi, pemikiran, tingkah laku dan kemahiran mengurus diri melalui sesi perbualan profesional.
Psikiatri pula memberi fokus kepada rawatan perubatan dan ubat.
Jika perlu, kaunselor akan mencadangkan rujukan secara beretika.
Itu perkara biasa dan anda berhak untuk bersuara.
Anda boleh berbincang atau memohon pertukaran kaunselor agar anda berasa lebih selesa dan selamat sepanjang proses kaunseling.
Tidak.
Kaunseling dijalankan mengikut kesediaan dan kadar anda.
Anda hanya berkongsi apa yang anda selesa, dan kaunselor akan menghormati batasan tersebut.
Ya.
Kami menawarkan sesi online dan bersemuka, bergantung kepada keselesaan, lokasi dan keperluan anda.
Syoknya Kaunseling bukan perkhidmatan kecemasan. Jika anda atau seseorang berada dalam bahaya segera, hubungi 999 atau pergi ke jabatan kecemasan hospital yang berdekatan. Anda juga boleh menghubungi Talian HEAL 15555 (Kementerian Kesihatan Malaysia, 8 pagi hingga 12 tengah malam) atau Befrienders KL 03-7627 2929.
Perlukan bantuan segera? Jika anda atau seseorang dalam bahaya, hubungi 999. Talian HEAL 15555 (KKM, 8 pagi hingga 12 tengah malam) · Befrienders KL 03-7627 2929.