Kaunseling Kerjaya

Bangun pagi dan rasa berat untuk ke tempat kerja?

Kerja mengambil sebahagian besar masa hidup kita. Apabila kerjaya terasa buntu, memenatkan atau tidak bermakna, kesannya terasa pada emosi, kesihatan dan keluarga.

Kaunseling kerjaya membantu anda memahami minat, kekuatan dan tekanan yang dihadapi, lalu membuat keputusan kerjaya dengan lebih yakin bersama kaunselor berdaftar.

✓ Berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia  ·  ✓ Sesi 60 minit  ·  ✓ Bermula RM150

12K+

telah dibantu

6 tahun+

sejak ditubuhkan

4.9★

penilaian di Google

Ahad–Jumaat

slot siang & malam

Anda tidak keseorangan

Adakah anda sedang mengalami ini?

Rasa buntu dalam kerjaya ialah perkara biasa, terutamanya ketika fasa perubahan. Ia bukan tanda anda gagal.

Keputusan kerjaya yang baik datang daripada kefahaman diri yang jelas.

Faham dahulu

Apa itu kaunseling kerjaya?

Kaunseling kerjaya ialah sesi bimbingan profesional untuk membantu anda memahami minat, nilai dan kekuatan diri, mengurus tekanan di tempat kerja, serta merancang langkah kerjaya dengan lebih jelas.

Antara isu yang sering kami bantu

Burnout

Keletihan emosi dan fizikal akibat kerja.

Pertukaran kerjaya

Menilai pilihan sebelum membuat keputusan besar.

Konflik di tempat kerja

Hubungan dengan majikan atau rakan sekerja.

Minat & kebolehan

Mengenal bidang yang sesuai dengan diri anda.

Kerja & keluarga

Mengurus masa dan tanggungjawab.

Kehilangan kerja

Sokongan emosi ketika berdepan perubahan.

Lepasan sekolah & graduan

Merancang langkah pertama dalam dunia kerjaya.

Keyakinan profesional

Membina keyakinan untuk berkembang dalam kerjaya.

Kaunselor membantu anda menilai pilihan dengan lebih jelas. Keputusan kerjaya tetap di tangan anda.

Bagaimana kami membantu

Apa yang berlaku dalam sesi kaunseling?

Setiap sesi berlangsung selama 60 minit, secara online atau bersemuka. Semua yang anda kongsikan kekal sulit antara anda dan kaunselor.

1

Tempah slot

Pilih slot di sistem tempahan atau WhatsApp admin.

2

Nilai situasi semasa

Kaunselor membantu anda melihat punca tekanan dan apa yang anda mahukan daripada kerjaya.

3

Kenali kekuatan diri

Anda meneroka minat, nilai dan kebolehan yang boleh menjadi panduan.

4

Rancang langkah seterusnya

Anda keluar dengan pelan tindakan yang realistik dan boleh dimulakan.

Lihat sendiri

Pusat kaunseling sebenar, pasukan sebenar

Pejabat kami terletak di Taman Universiti, Skudai. Selain sesi kaunseling, pasukan kami turut menjalankan saringan, ceramah dan program kesihatan mental bersama sekolah, universiti, agensi dan komuniti.

Bilik kaunseling di pejabat SYK

Ruang sesi yang tenang dan privasi

Pasukan Syoknya Kaunseling

Sokongan Kesihatan Mental Pekerja

Saringan kesihatan mental di program komuniti

Ceramah pengurusan emosi

Program bersama institusi pendidikan

Forum dan perkongsian awam

Program kesihatan mental komuniti

Pernah bekerjasama dengan

Ahli Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM) dan PERKAMA · Pernah ditemu bual di RTM TV1, Astro Prima dan Kool FM.

Pilih yang paling selesa

Sesi online atau bersemuka, anda yang tentukan

Kaunseling online

RM150 panggilan suara  ·  RM200 panggilan video
Sesi 60 minit

Sebelum menempah, sila baca polisi tempahan kami.

Kaunseling bersemuka

RM220 individu (60 minit)  ·  RM320 pasangan (1 jam 30 minit)

Sebelum menempah, sila baca polisi tempahan kami.

Kenali kaunselor kami

Setiap kaunselor kami terlatih dan berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia. Admin kami akan membantu memadankan anda dengan kaunselor yang paling sesuai dengan isu anda.

sarah-zainal

Sarah Zainal

Kaunselor Kanan

Rumahtangga, Pembangunan Kendiri & Kesihatan Mental

athirah-amri

Athirah Amri

Kaunselor

Umum, Pembangunan Kendiri, Kerjaya & Kekeluargaan

Nabhah Hanordin

Kaunselor

Remaja, Rumahtangga, Keluarga, Kerjaya & Kesihatan Mental

ezuan-ali

Ezuan Ali

Kaunselor

Kekeluargaan, Pembangunan Kendiri & Kerjaya

aiman-azlan

Aiman Azlan

Kaunselor

Pra-Perkahwinan, Rumahtangga & Keluarga

rizalman-rozi

Rizalman Rozi

Kaunselor

Kesihatan Mental, Kerjaya, Rumahtangga & Ketagihan

azizah-kamarulzaman

Nurul Azizah

Kaunselor

Kesihatan Mental, Keluarga & Perkahwinan

raihanawati-sanif

Raihanah Sanif

Kaunselor

Kesihatan Mental, Kerjaya, & Pembangunan Kendiri

ridzwan-farizuddin

Ridzwan Farizuddin

Kaunselor

Kesihatan Mental, Kerjaya, Rumahtangga & Ketagihan

Ulasan sebenar di Google

Apa kata klien kami

Mulakan hari ini

Kerjaya yang bermakna bermula dengan mengenali diri sendiri.

Tempah sesi 60 minit dengan kaunselor berdaftar. Sesi online ada slot malam, sesuai selepas waktu kerja.

Soalan lazim tentang kaunseling kerjaya

Pelajar lepasan sekolah, graduan, pekerja yang berdepan tekanan atau burnout, serta sesiapa yang sedang mempertimbangkan pertukaran kerjaya.

Kaunselor tidak membuat keputusan untuk anda. Kaunselor membantu anda memahami minat, nilai dan kekuatan diri supaya anda boleh membuat keputusan sendiri dengan lebih yakin.

Ya. Konflik di tempat kerja ialah antara isu yang sering dibincangkan dalam sesi.

Tidak. Semua sesi adalah sulit, dan maklumat anda tidak akan dikongsi kepada mana-mana pihak tanpa kebenaran anda.

Ia bergantung kepada matlamat anda. Setiap sesi berlangsung selama 60 minit, dan kekerapan sesi boleh dibincangkan bersama kaunselor.

Ya. Sesi online ada slot siang dan malam. Sesi bersemuka dijalankan pada waktu siang.

Perlukan bantuan segera? Jika anda atau seseorang dalam bahaya, hubungi 999. Talian HEAL 15555 (KKM, 8 pagi hingga 12 tengah malam) · Befrienders KL 03-7627 2929.