Soalan lazim tentang kaunseling pengurusan trauma
Tidak. Anda boleh berkongsi mengikut tahap keselesaan anda. Kaunselor tidak akan memaksa anda menceritakan butiran sebelum anda bersedia.
Trauma boleh muncul dalam bentuk imbas kembali, mimpi buruk, rasa sentiasa berwaspada, mengelak perkara tertentu atau emosi yang sukar dikawal. Kaunselor boleh membantu anda memahami apa yang anda alami.
Ya. Ramai orang hanya mendapatkan bantuan bertahun-tahun selepas kejadian. Tidak pernah terlambat untuk mula memproses pengalaman tersebut.
Kaunselor membantu dari segi sokongan emosi dan kefahaman diri melalui sesi perbincangan. Pakar psikiatri ialah doktor perubatan yang boleh membuat diagnosis dan memberi ubat. Jika perlu, kaunselor akan mencadangkan rujukan.
Ya. Semua perkongsian adalah sulit dan dilindungi oleh etika profesional kaunseling, kecuali dalam situasi yang melibatkan keselamatan diri atau orang lain.
Ya. Beritahu admin kami keutamaan anda semasa membuat tempahan, dan kami akan cuba memadankan anda dengan kaunselor yang sesuai.
Perlukan bantuan segera? Jika anda dalam bahaya, hubungi 999. Talian HEAL 15555 (KKM, 8 pagi hingga 12 tengah malam) · Befrienders KL 03-7627 2929 · Talian Kasih 15999.