Kaunseling Pembangunan Kendiri

Rasa hidup tersekat, tetapi tidak tahu mula dari mana?

Anda tahu ada potensi dalam diri, tetapi keraguan, tabiat lama dan suara negatif dalam kepala sering menghalang.

Kaunseling pembangunan kendiri membantu anda mengenali diri, membina keyakinan dan menetapkan hala tuju yang lebih jelas, bersama kaunselor berdaftar.

✓ Berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia  ·  ✓ Sesi 60 minit  ·  ✓ Bermula RM150

12K+

telah dibantu

6 tahun+

sejak ditubuhkan

4.9★

penilaian di Google

Ahad–Jumaat

slot siang & malam

Anda tidak keseorangan

Adakah ini yang anda rasa?

Perasaan ini sangat biasa, dan ia boleh diubah. Mengenali corak fikiran dan tabiat sendiri ialah langkah pertama ke arah perubahan.

Anda tidak perlu ada masalah besar untuk mahu menjadi versi diri yang lebih baik.

Faham dahulu

Apa itu kaunseling pembangunan kendiri?

Kaunseling pembangunan kendiri ialah sesi bimbingan profesional untuk membantu anda mengenali kekuatan dan kelemahan diri, mengubah corak fikiran yang menghalang, serta menetapkan matlamat hidup yang realistik.

Antara isu yang sering kami bantu

Keyakinan diri

Membina rasa percaya pada kebolehan sendiri.

Self-talk negatif

Mengubah cara anda bercakap dengan diri sendiri.

Menetapkan batas

Berani berkata tidak tanpa rasa bersalah.

Tabiat menangguh

Memahami punca dan mula bergerak.

Matlamat & hala tuju

Menetapkan arah hidup yang jelas dan realistik.

Imbangan hidup

Kerja, keluarga dan masa untuk diri sendiri.

Mengurus emosi

Bertindak dengan tenang, bukan mengikut emosi.

Mengenali diri

Nilai, kekuatan dan apa yang penting bagi anda.

Sesi disesuaikan dengan matlamat anda sendiri. Kaunselor membimbing, tetapi keputusan dan perubahan tetap milik anda.

Bagaimana kami membantu

Apa yang berlaku dalam sesi kaunseling?

Setiap sesi berlangsung selama 60 minit, secara online atau bersemuka. Semua yang anda kongsikan kekal sulit antara anda dan kaunselor.

1

Tempah slot

Pilih slot di sistem tempahan atau WhatsApp admin.

2

Kenali diri

Kaunselor membantu anda melihat kekuatan, nilai dan corak yang menghalang anda.

3

Tetapkan matlamat

Anda menetapkan matlamat kecil yang realistik dan boleh diukur.

4

Susulan & semakan

Kemajuan disemak dari sesi ke sesi supaya perubahan berterusan.

Lihat sendiri

Pusat kaunseling sebenar, pasukan sebenar

Pejabat kami terletak di Taman Universiti, Skudai. Selain sesi kaunseling, pasukan kami turut menjalankan saringan, ceramah dan program kesihatan mental bersama sekolah, universiti, agensi dan komuniti.

Bilik kaunseling di pejabat SYK

Ruang sesi yang tenang dan privasi

Pasukan Syoknya Kaunseling

Sokongan Kesihatan Mental Pekerja

Saringan kesihatan mental di program komuniti

Ceramah pengurusan emosi

Program bersama institusi pendidikan

Forum dan perkongsian awam

Program kesihatan mental komuniti

Pernah bekerjasama dengan

Ahli Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM) dan PERKAMA · Pernah ditemu bual di RTM TV1, Astro Prima dan Kool FM.

Pilih yang paling selesa

Sesi online atau bersemuka, anda yang tentukan

Kaunseling online

RM150 panggilan suara  ·  RM200 panggilan video
Sesi 60 minit

Sebelum menempah, sila baca polisi tempahan kami.

Kaunseling bersemuka

RM220 individu (60 minit)  ·  RM320 pasangan (1 jam 30 minit)

Sebelum menempah, sila baca polisi tempahan kami.

Kenali kaunselor kami

Setiap kaunselor kami terlatih dan berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia. Admin kami akan membantu memadankan anda dengan kaunselor yang paling sesuai dengan isu anda.

sarah-zainal

Sarah Zainal

Kaunselor Kanan

Rumahtangga, Pembangunan Kendiri & Kesihatan Mental

athirah-amri

Athirah Amri

Kaunselor

Umum, Pembangunan Kendiri, Kerjaya & Kekeluargaan

Nabhah Hanordin

Kaunselor

Remaja, Rumahtangga, Keluarga, Kerjaya & Kesihatan Mental

ezuan-ali

Ezuan Ali

Kaunselor

Kekeluargaan, Pembangunan Kendiri & Kerjaya

aiman-azlan

Aiman Azlan

Kaunselor

Pra-Perkahwinan, Rumahtangga & Keluarga

rizalman-rozi

Rizalman Rozi

Kaunselor

Kesihatan Mental, Kerjaya, Rumahtangga & Ketagihan

azizah-kamarulzaman

Nurul Azizah

Kaunselor

Kesihatan Mental, Keluarga & Perkahwinan

raihanawati-sanif

Raihanah Sanif

Kaunselor

Kesihatan Mental, Kerjaya, & Pembangunan Kendiri

ridzwan-farizuddin

Ridzwan Farizuddin

Kaunselor

Kesihatan Mental, Kerjaya, Rumahtangga & Ketagihan

Ulasan sebenar di Google

Apa kata klien kami

Mulakan hari ini

Versi diri yang lebih baik bermula dengan satu langkah kecil.

Tempah sesi 60 minit dengan kaunselor berdaftar. Kalau anda belum pasti, WhatsApp admin kami dahulu.

Soalan lazim tentang kaunseling pembangunan kendiri

Kaunseling perkembangan diri ialah sesi sokongan profesional yang membantu individu memahami diri, membina keyakinan, mengembangkan potensi dan membuat perubahan positif dalam kehidupan.
Ia sesuai walaupun anda tidak mengalami masalah emosi yang berat.

Kaunseling perkembangan diri sesuai untuk individu yang:

  • Rasa keliru atau “stuck” dengan hala tuju hidup

  • Ingin meningkatkan keyakinan dan kejelasan diri

  • Mahu membina kemahiran kendiri dan emosi

  • Sedang melalui fasa perubahan hidup atau kerjaya

Tidak.
Kaunseling perkembangan diri bukan hanya untuk mereka yang bermasalah, tetapi juga untuk individu yang ingin berkembang, memperbaiki diri dan membuat keputusan hidup dengan lebih matang dan yakin.

Kaunselor membantu dari segi sokongan emosi, pemikiran, tingkah laku dan kemahiran mengurus diri melalui sesi perbualan profesional.
Psikiatri pula memberi fokus kepada rawatan perubatan dan ubat.
Jika perlu, kaunselor akan mencadangkan rujukan secara beretika.

Antara fokus yang biasa dibincangkan:

  • Corak pemikiran dan tingkah laku diri

  • Keyakinan dan harga diri

  • Matlamat hidup dan kerjaya

  • Pengurusan emosi dan tekanan

  • Nilai diri dan hala tuju hidup

Sesi disesuaikan mengikut keperluan anda.

Setiap sesi biasanya berlangsung 60–90 minit, sama ada secara online atau bersemuka, mengikut keselesaan anda.

Bilangan sesi bergantung kepada keperluan individu:

  • 3–6 sesi → fokus ringan atau matlamat spesifik

  • 6–12 sesi → perkembangan diri yang lebih mendalam

Cadangan akan dibuat selepas sesi penilaian awal.

Perlukan bantuan segera? Jika anda atau seseorang dalam bahaya, hubungi 999. Talian HEAL 15555 (KKM, 8 pagi hingga 12 tengah malam) · Befrienders KL 03-7627 2929.