Kaunseling Pra Perkahwinan

Bersedia untuk majlis, tetapi bagaimana dengan persediaan hati?

Persiapan majlis mungkin sudah hampir siap. Tetapi bagaimana dengan komunikasi, kewangan dan jangkaan masing-masing selepas akad?

Sesi kaunseling pra perkahwinan membantu anda dan bakal pasangan membincangkan perkara penting lebih awal, bersama kaunselor berdaftar, dalam suasana yang selamat dan tidak menghakimi.

✓ Berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia  ·  ✓ Sesi seorang diri atau bersama bakal pasangan  ·  ✓ Bermula RM150

12K+

telah dibantu

6 tahun+

sejak ditubuhkan

4.9★

penilaian di Google

Ahad–Jumaat

slot siang & malam

Soalan yang ramai simpan sendiri

Pernahkah anda terfikir perkara ini?

Rasa ragu sebelum berkahwin ialah perkara biasa. Ia tanda anda serius tentang perkahwinan ini.

Berbincang lebih awal jauh lebih mudah daripada membaiki kemudian.

Faham dahulu

Apa itu kaunseling pra perkahwinan?

Kaunseling pra perkahwinan ialah sesi bimbingan untuk bakal pengantin memahami diri, pasangan dan jangkaan masing-masing sebelum berkahwin. Sesi boleh dihadiri seorang diri atau bersama bakal pasangan.

Antara isu yang sering kami bantu

Komunikasi

Cara menyampaikan perasaan dan mendengar dengan betul.

Kewangan

Perbelanjaan, simpanan, hutang dan tanggungjawab nafkah.

Peranan & jangkaan

Harapan tentang tanggungjawab suami dan isteri.

Keluarga besar

Hubungan dengan mentua dan keluarga kedua-dua pihak.

Mengurus konflik

Cara berbeza pendapat tanpa saling menyakiti.

Keintiman

Persediaan emosi dan jangkaan tentang hubungan suami isteri.

Perancangan anak

Bila, bagaimana, dan cara mendidik.

Keraguan sebelum nikah

Ruang untuk berfikir dengan tenang sebelum membuat keputusan.

Kaunselor kami kekal neutral. Tujuan sesi ialah membantu anda membuat keputusan dengan lebih yakin, bukan menilai hubungan anda.

Bagaimana kami membantu

Apa yang berlaku dalam sesi kaunseling?

Setiap sesi berlangsung selama 60 minit, secara online atau bersemuka. Semua yang anda kongsikan kekal sulit antara anda dan kaunselor.

1

Tempah slot

Pilih sesi seorang diri atau bersama bakal pasangan melalui sistem tempahan atau WhatsApp admin.

2

Kenali diri dan pasangan

Kaunselor membantu anda melihat nilai, harapan dan gaya komunikasi masing-masing.

3

Bincang perkara penting

Topik seperti kewangan, keluarga dan peranan dibincangkan dengan tenang dan berstruktur.

4

Bawa pulang pelan

Anda keluar dengan kefahaman yang lebih jelas dan perkara yang perlu diusahakan bersama.

Mahu mengenali love language dan attachment style anda? Cuba Saringan SYK sebelum sesi, supaya perbincangan anda berdua lebih terarah.

Lihat sendiri

Pusat kaunseling sebenar, pasukan sebenar

Pejabat kami terletak di Taman Universiti, Skudai. Selain sesi kaunseling, pasukan kami turut menjalankan saringan, ceramah dan program kesihatan mental bersama sekolah, universiti, agensi dan komuniti.

Bilik kaunseling di pejabat SYK

Ruang sesi yang tenang dan privasi

Pasukan Syoknya Kaunseling

Sokongan Kesihatan Mental Pekerja

Saringan kesihatan mental di program komuniti

Ceramah pengurusan emosi

Program bersama institusi pendidikan

Forum dan perkongsian awam

Program kesihatan mental komuniti

Pernah bekerjasama dengan

Ahli Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM) dan PERKAMA · Pernah ditemu bual di RTM TV1, Astro Prima dan Kool FM.

Pilih yang paling selesa

Seorang diri atau bersama bakal pasangan

Kaunseling online

RM150 panggilan suara  ·  RM200 panggilan video
Sesi 60 minit

Sebelum menempah, sila baca polisi tempahan kami.

Kaunseling bersemuka

RM220 individu (60 minit)  ·  RM320 pasangan (1 jam 30 minit)

Sebelum menempah, sila baca polisi tempahan kami.

Kenali kaunselor kami

Setiap kaunselor kami terlatih dan berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia. Admin kami akan membantu memadankan anda dengan kaunselor yang paling sesuai dengan isu anda.

sarah-zainal

Sarah Zainal

Kaunselor Kanan

Rumahtangga, Pembangunan Kendiri & Kesihatan Mental

athirah-amri

Athirah Amri

Kaunselor

Umum, Pembangunan Kendiri, Kerjaya & Kekeluargaan

Nabhah Hanordin

Kaunselor

Remaja, Rumahtangga, Keluarga, Kerjaya & Kesihatan Mental

ezuan-ali

Ezuan Ali

Kaunselor

Kekeluargaan, Pembangunan Kendiri & Kerjaya

aiman-azlan

Aiman Azlan

Kaunselor

Pra-Perkahwinan, Rumahtangga & Keluarga

rizalman-rozi

Rizalman Rozi

Kaunselor

Kesihatan Mental, Kerjaya, Rumahtangga & Ketagihan

azizah-kamarulzaman

Nurul Azizah

Kaunselor

Kesihatan Mental, Keluarga & Perkahwinan

raihanawati-sanif

Raihanah Sanif

Kaunselor

Kesihatan Mental, Kerjaya, & Pembangunan Kendiri

ridzwan-farizuddin

Ridzwan Farizuddin

Kaunselor

Kesihatan Mental, Kerjaya, Rumahtangga & Ketagihan

Ulasan sebenar di Google

Apa kata klien kami

Mulakan hari ini

Perkahwinan yang kukuh bermula sebelum akad.

Tempah sesi 60 minit bersama kaunselor berdaftar, seorang diri atau bersama bakal pasangan. Kalau ada soalan, WhatsApp admin kami dahulu.

Soalan lazim tentang kaunseling pra perkahwinan

Sesiapa yang merancang untuk berkahwin, sama ada baru bertunang, sedang membuat persiapan, atau masih mempertimbangkan keputusan untuk berkahwin.

Tidak semestinya. Anda boleh hadir seorang diri terlebih dahulu. Namun, sesi bersama bakal pasangan membolehkan anda berdua membincangkan topik penting dengan bantuan pihak yang neutral.

Tidak. Kaunselor tidak membuat keputusan untuk anda. Peranan kaunselor ialah membantu anda memahami diri, pasangan dan jangkaan masing-masing supaya keputusan dibuat dengan lebih yakin.

Ia bergantung kepada keperluan anda. Ada yang memadai dengan satu sesi, dan ada yang memilih beberapa sesi untuk membincangkan topik dengan lebih mendalam. Setiap sesi berlangsung selama 60 minit.

Ya. Semua perkongsian dalam sesi adalah sulit dan dilindungi oleh etika profesional kaunseling.

Ya. Sesi boleh dijalankan secara online melalui Google Meet atau bersemuka di pejabat kami di Skudai. Sesi berpasangan berharga RM320, sama ada online atau bersemuka.

Perlukan bantuan segera? Jika anda atau seseorang dalam bahaya, hubungi 999. Talian HEAL 15555 (KKM, 8 pagi hingga 12 tengah malam) · Befrienders KL 03-7627 2929.