Rizalman bin Rozi

Kaunselor Rizalman Rozi

Kaunselor berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia. Fokus sesi: Kesihatan Mental, Kerjaya, Rumahtangga & Ketagihan. Sesi dijalankan secara online sahaja (panggilan suara atau panggilan video), dari mana-mana lokasi.

✓ Kaunselor Berdaftar LKM  ·  ✓ Sesi online  ·  ✓ Sesi sulit

rizalman-rozi
Tentang Kaunselor Rizalman

Pengalaman & pendekatan

Rizalman bin Rozi merupakan seorang kaunselor berdaftar yang kini berkhidmat sebagai Pegawai Psikologi (Kaunseling) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Beliau terlibat secara langsung dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan mental dengan pendekatan profesional, beretika dan berfokus kepada keperluan klien.

Beliau memulakan pengalaman latihan profesional kaunseling di ILC Permai UUM (Pusat OKU Zon Utara), di mana beliau banyak mengendalikan sesi kaunseling berkaitan pengurusan diri dan sokongan psikososial bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Seterusnya, beliau menjalani latihan profesional di MRSM Arau, dengan fokus kepada kaunseling dan bimbingan melibatkan pengurusan akademik, pengurusan emosi dan hala tuju kerjaya pelajar.

Sepanjang berkhidmat sebagai kaunselor berdaftar, beliau berpengalaman mengendalikan pelbagai sesi kaunseling berkaitan isu kesihatan mental seperti keresahan, kemurungan, gangguan mood serta isu psikologi lain. Selain itu, beliau juga menguruskan kes-kes berkaitan pengurusan emosi, proses kehilangan, perkahwinan, perhubungan dan ketagihan dengan pendekatan yang berhati-hati dan menyeluruh.

Kini, beliau mengambil peluang untuk terus meluaskan ilmu dan pengalaman praktikal dengan bergabung tenaga bersama Syoknya Kaunseling, selaras dengan komitmen beliau untuk memberikan perkhidmatan kaunseling yang berkualiti dan berkesan kepada masyarakat.

Kelayakan & lesen

Bidang fokus

Ulasan sebenar di Google

Apa kata klien kami

Mulakan hari ini

Langkah pertama tidak perlu sempurna. Cukup dengan mula bercakap.

Tempah sesi 60 minit dengan kaunselor berdaftar. Kalau anda belum pasti, WhatsApp admin kami dahulu. Kami akan bantu padankan anda dengan kaunselor yang sesuai.