Kaunselor berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia. Fokus sesi: Kekeluargaan, Pembangunan Kendiri & Kerjaya. Sesi boleh dibuat secara online atau bersemuka di pejabat Syoknya Kaunseling, Skudai.
✓ Kaunselor Berdaftar LKM · ✓ Online & bersemuka · ✓ Sesi sulit
Ezuan bin Ahmad Ali merupakan seorang kaunselor yang mempunyai pengalaman lebih lima (5) tahun sebagai Pegawai Khidmat Nasihat dan Kaunselor pekerja serta komuniti di Kulim Malaysia Berhad bermula dari tahun 2015 hingga kini.
Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau telah mengendalikan pelbagai sesi kaunseling merangkumi kaunseling keluarga, kerjaya, kaunseling remaja, kaunseling salah laku dalam pekerjaan serta kaunseling penyalahgunaan dadah. Walau bagaimanapun, kaunseling keluarga merupakan fokus utama dan paling kerap dilaksanakan berdasarkan keperluan klien dan organisasi.
Beliau juga berperanan sebagai pakar rujuk kepada Jabatan Sumber Manusia Kulim Malaysia Berhad, khususnya berkaitan isu-isu kemasyarakatan dan kekeluargaan dalam kalangan pekerja. Selain menjalankan sesi kaunseling, beliau aktif menyampaikan ceramah motivasi serta merancang dan melaksanakan program pembangunan kerjaya dan kekeluargaan bagi warga syarikat tersebut.
Pendekatan beliau menggabungkan kefahaman agama, pengalaman lapangan dan amalan kaunseling profesional dalam membantu individu dan keluarga mencapai kesejahteraan emosi serta keharmonian hidup.
EXCELLENTBased on 155 reviews![]()
Nur Hamid26/10/2025I enjoyed the sharing session with the speaker. wish to have more time so can get more input. Thank you. I benefited a lot from this webinar
diniathirah johari26/10/2025Everything is good 👍🏻
Hazziq Ikhmal26/10/2025sesi tadi sedikit sebanyak membantu dan penyampaian kaunselor pun amat baik
Izzah Atirah19/10/2025A good series of sharing session from profesional counsellor. Cr started with mind exercise and follow by practical tips. Penerangan jelas. Ada ruang bertanya. Setiap soalan dijawab dengan baik. Ada peluang dapat free gift selfcare kit. Keep it up SK team!
Ameerul Islam19/10/2025Dapat mengetahui kaedah menghargai diri dengan lebih berkesan
Hidayatul19/10/2025Terima kasih. Kerana telah mengubah mindset saya yang kalau ada perasaan tu tanda normal kalau tak ada emosi maknanya orang gila
Siti Hajar05/10/2025Webinar Mengurus Emosi by Encik Rizalman sangat membantu untuk saya belajar dan praktikkan cara mengurus emosi. Semoga selepas ini ada lagi webinar begini pada masa akan datang! 🥰
Nur Zahilah Tohak28/09/2025Saya sangat berpuashati dengan servis di sini. Terima kasih
Tempah sesi 60 minit dengan kaunselor berdaftar. Kalau anda belum pasti, WhatsApp admin kami dahulu. Kami akan bantu padankan anda dengan kaunselor yang sesuai.