Nurul Azizah Binti Kamarulzaman

azizah-kamarulzaman

Tentang Kaunselor Nurul Azizah

Nurul Azizah merupakan seorang kaunselor yang kini berkhidmat sebagai Pegawai Psikologi (Kaunseling) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Beliau terlibat secara langsung dalam perkhidmatan sokongan kesihatan mental dengan pendekatan yang beretika, empati dan berfokus kepada kesejahteraan klien.

Beliau memulakan pengalaman latihan profesional kaunseling di Institut Pendidikan Guru (IPG). Sepanjang tempoh sebagai kaunselor pelatih, beliau banyak mengendalikan sesi kaunseling berkaitan pembangunan diri remaja, khususnya dalam aspek penyesuaian diri, pembinaan keyakinan diri, akademik, hala tuju kerjaya serta isu perhubungan.

Sebagai kaunselor berdaftar, beliau berpengalaman mengurus dan melaksanakan sesi kaunseling melibatkan pelbagai isu kesihatan mental seperti tekanan emosi, gangguan mood, keresahan, serta isu psikologi selepas kelahiran. Selain itu, beliau turut mengendalikan kes-kes yang melibatkan konflik dan isu dalam rumahtangga dengan pendekatan yang menyeluruh dan profesional.

Kini, beliau terus memperluaskan ilmu dan pengalaman praktikal dengan bergabung tenaga bersama Syoknya Kaunseling, selaras dengan komitmen beliau untuk memberikan perkhidmatan kaunseling yang berkualiti dan berkesan kepada masyarakat.

No. Lesen KBPA​

Lembaga Kaunselor Malaysia (KBPA)
KB11674, PA11287

Akademik

Ijazah Sarjana Muda Kaunseling (Kepujian)
Universiti Utara Malaysia

Kaunselor Berdaftar,
Lembaga Kaunselor Malaysia

Ambil Langkah Pertama Untuk Menjaga Diri Anda Hari Ini​​

Isi Borang Tempahan

Jika anda sudah bersedia untuk mendapatkan sokongan profesional, tempah sesi kaunseling sekarang.

WhatsApp Admin

Perlukan maklumat lanjut?  
Admin kami sedia membantu anda dengan mesra & profesional.