Kaunseling Individu

Kami Di Sini Untuk Menyokong Kesihatan Emosi & Mental Anda

Ruang selamat, sulit dan beretika untuk anda meneroka emosi, pemikiran & cabaran hidup bersama Kaunselor Berdaftar.

Pelanggan
+ 0
Jam Sesi Kaunseling
0
Tahun Pengalaman
0

Apakah Kaunseling Individu?

Kaunseling individu ialah proses bantuan profesional secara satu-ke-satu antara kaunselor dan klien.
Ia menyediakan ruang yang selamat dan terapeutik untuk anda memahami emosi, pemikiran, tingkah laku serta cabaran yang sedang dihadapi.

KENAPA RAMAI MEMILIH SYOKNYA KAUNSELING?

Kaunselor Berdaftar & Bertauliah

Setiap sesi dikendalikan oleh kaunselor profesional yang berdaftar dan mematuhi etika serta piawaian kaunseling.

Sulit & Selamat

Privasi anda adalah keutamaan kami. Semua perkongsian dirahsiakan dalam ruang yang selamat dan tanpa penghakiman.

Online & Fizikal

Fleksibel mengikut keperluan anda, boleh dilakukan secara atas talian atau bersemuka.

Dipercayai Ramai

⭐ 4.9 daripada 162 review klien sebenar yang telah mendapatkan perkhidmatan kami.

Pendekatan Empati & Berfokus

Kami mendengar dengan empati dan membantu secara praktikal, berfokus kepada keperluan sebenar anda.

Apa Yang Kaunseling Individu
Bantu Anda Capai?

1. Memahami diri dengan lebih mendalam

2. Menangani isu emosi, psikologi & tingkah laku secara terarah

3. Membina kemahiran mengurus tekanan, hubungan & keyakinan diri

4. Menyokong proses membuat keputusan dengan lebih jelas & matang

5. Meningkatkan kesejahteraan mental secara berperingkat

SERVIS KAUNSELING INDIVIDU

kaunseling kesihatan mental

Kaunseling Kesihatan Mental

Untuk pengurusan emosi, stres, kebimbangan dan sokongan kesejahteraan psikologi.

kaunseling perkembangan diri

Kaunseling Perkembangan Diri

Fokus kepada keyakinan diri, motivasi, komunikasi dan potensi diri.

kaunseling individu umum

Kaunseling Individu (Umum)

Sokongan emosi untuk isu peribadi, cabaran hidup dan tekanan harian.

kaunseling ketagihan

Kaunseling Ketagihan

Bantuan pemulihan untuk tabiat ketagihan dan tingkah laku kompulsif.

kaunseling rumahtangga individu

Kaunseling Rumahtangga – Individu

Sesi individu untuk isu perkahwinan, konflik dalaman dan tekanan hubungan.

kaunseling kanak-kanak remaja

Kaunseling Kanak-kanak & Remaja (1:1)

Sokongan emosi individu untuk kanak-kanak dan remaja secara satu-ke-satu.

LOKASI KAMI

Kami menyediakan sesi secara online di seluruh Malaysia dan sesi fizikal.

Alamat: 33A, Jalan Kebudayaan 1A, Taman Universiti 81300 Skudai Johor

Waktu Operasi: Setiap Hari 9AM – 5PM

Ambil Langkah Pertama Untuk Menjaga Diri Anda Hari Ini​​

Isi Borang Tempahan

Jika anda sudah bersedia untuk mendapatkan sokongan profesional, tempah sesi kaunseling sekarang.

WhatsApp Admin

Perlukan maklumat lanjut?  
Admin kami sedia membantu anda dengan mesra & profesional.

FAQ KAUNSELING INDIVIDU

Kaunseling Individu ialah sesi bantuan profesional secara satu-ke-satu antara klien dan kaunselor berdaftar. Ia bertujuan membantu anda meneroka emosi, pemikiran dan cabaran hidup dalam ruang yang selamat, sulit dan beretika.

Kaunseling Individu sesuai untuk sesiapa yang berasa tertekan, cemas, penat emosi atau sedang melalui perubahan hidup. Ia juga sesuai untuk individu yang ingin memahami diri dengan lebih mendalam walaupun tiada “masalah besar”.

Sesi Kaunseling Individu dijalankan secara perbincangan terbuka dan berfokus antara anda dan kaunselor. Anda bebas berkongsi mengikut tahap keselesaan, dan kaunselor akan membimbing secara empati serta profesional tanpa penghakiman.

Ya. Semua sesi Kaunseling Individu adalah sulit dan mematuhi etika kaunseling. Privasi, keselamatan emosi dan kesejahteraan klien adalah keutamaan kami.

Bilangan sesi Kaunseling Individu bergantung kepada keperluan dan isu setiap individu. Sesetengah klien mendapat manfaat dalam beberapa sesi, manakala yang lain memilih sokongan jangka sederhana atau panjang. Cadangan akan dibuat selepas sesi penilaian awal.

Ya. Kaunseling Individu di SyoknyaKaunseling ditawarkan secara atas talian (online) dan bersemuka (fizikal), bergantung kepada keperluan dan keselesaan anda. Kedua-dua kaedah dijalankan secara profesional dan berkesan.

Tidak perlu. Anda tidak perlu menyediakan skrip atau tahu apa yang hendak dikatakan. Kaunseling Individu bermula dari tahap kesediaan anda, dan kaunselor akan membantu membimbing perbincangan secara berperingkat.