Setiap kaunselor kami adalah kaunselor yang profesional dan berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia.
Kami menawarkan harga per sesi kaunseling yang sangat berpatutan di Malaysia.
Anda tidak perlu keluar rumah, mengambil cuti atau menghadapi kesesakan lalu lintas untuk mendapatkan sesi kaunseling dengan kami.
Terdapat perbezaan besar diantara sesi kaunseling dan khidmat nasihat. Anda akan mendapat sesi kaunseling yang sebenar, bukan khidmat nasihat semata-mata.
EXCELLENTBased on 155 reviews![]()
Nur Hamid26/10/2025I enjoyed the sharing session with the speaker. wish to have more time so can get more input. Thank you. I benefited a lot from this webinar
diniathirah johari26/10/2025Everything is good 👍🏻
Hazziq Ikhmal26/10/2025sesi tadi sedikit sebanyak membantu dan penyampaian kaunselor pun amat baik
Izzah Atirah19/10/2025A good series of sharing session from profesional counsellor. Cr started with mind exercise and follow by practical tips. Penerangan jelas. Ada ruang bertanya. Setiap soalan dijawab dengan baik. Ada peluang dapat free gift selfcare kit. Keep it up SK team!
Ameerul Islam19/10/2025Dapat mengetahui kaedah menghargai diri dengan lebih berkesan
Hidayatul19/10/2025Terima kasih. Kerana telah mengubah mindset saya yang kalau ada perasaan tu tanda normal kalau tak ada emosi maknanya orang gila
Siti Hajar05/10/2025Webinar Mengurus Emosi by Encik Rizalman sangat membantu untuk saya belajar dan praktikkan cara mengurus emosi. Semoga selepas ini ada lagi webinar begini pada masa akan datang! 🥰
Nur Zahilah Tohak28/09/2025Saya sangat berpuashati dengan servis di sini. Terima kasih

NO LESEN KBPA: 08714, 08318
Sarjana Muda Psikologi dengan
Pembangunan Sumber Manusia (UTM)
Sarjana Pendidikan Bimbingan & Kaunseling (UTM)
Cr Sarah ZainalPuteh adalah pengasas, kaunselor dan jurulatih utama di Kamar&Kelambu serta pusat kaunseling Syoknya Kaunseling.
Beliau bertugas di Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru bagi menjalankan latihan professional kaunselor pada 2018-2019 sebagai kaunselor pelatih.
Beliau berpengalaman membawa dan menguruskan sesi kaunseling rumahtangga islam yang meliputi isu dan konflik-konflik dalam rumahtangga – tanggungjawab, komunikasi, penderaan emosi, fizikal, seksual, perceraian, dan membaikpulih hubungan. Kini beliau giat menyediakan modul pendidikan rumahtangga islam bagi yang belum dan sudah berkahwin bagi rujukan dan kegunaan pasangan suami isteri Muslim.
Rumahtangga & Kekeluargaan:
Komunikasi, Jarak emosi, Kecurangan, Hubungan intimasi, Perubahan kehidupan yang penting (perceraian, kematian, kehilangan).
Isu-isu Senggama:
Hubungan intimasi, Kesan psikologi terhadap seksualiti, komunikasi tentang seksualiti, perubahan kehidupan
Pembangunan Diri:
Penyesuaian diri, Peralihan kehidupan, Penghargaan kendiri, Kerjaya, Perhubungan & Komunikasi.

NO LESEN KBPA: 09052,08657
Diploma al-Quran wal-Qiraat Darul Quran JAKIM
Ijazah Sarjana Muda Qiraat Universiti al-Azhar Mesir
Ijazah Sarjana Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling (UTM)
Pengalaman melebihi 5 tahun sebagai Pegawai Khidmat Nasihat dan Kaunselor pekerja dan komuniti di Kulim Malaysia Berhad bermula dari tahun 2015 hingga kini. Di antara sesi kaunseling yang dijalankan adalah kaunseling keluarga, kerjaya, kaunseling remaja, kaunseling salah laku dalam pekerjaan dan kaunseling penyalahgunaan dadah.
Walaubagaimanapun, kebanyakan kaunseling yang dijalankan adalah kaunseling keluarga.
Beliau juga merupakan pakar rujuk oleh Jabatan Sumber Manusia Kulim Malaysia Berhad iaitu mengenai pelbagai isu kemasyarakatan terutama kekeluargaan. Selain itu, beliau aktif mengadakan ceramah motivasi dan merancang program yang berkaitan kerjaya dan kekeluargaan khasnya di syarikat tersebut.
Rumahtangga & Kekeluargaan:
Komunikasi, Jarak emosi, Kecurangan, Hubungan intimasi, Perubahan kehidupan yang penting (perceraian, kematian, kehilangan).
Pembangunan Diri:
Penyesuaian diri, Peralihan kehidupan, Penghargaan kendiri, Kerjaya, Perhubungan & Komunikasi.

KB10624; PA10223
Kaunselor Ridzwan merupakan seorang Kaunselor yang sedang berkhidmat di talian psikososial sebagai Pegawai Psikologi ( Kaunseling) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
Beliau juga mempunyai pengalaman sebagai Kaunselor Panel di Anjung Kaunseling Keluarga. Beliau bergiat aktif juga sebagai kaunselor,fasilitator,motivator dan penceramah di sekolah-sekolah.
Beliau banyak menjalankan sesi kaunseling melibatkan isu2 berkaitan pembangunan diri remaja dari pelbagai sudut seperti penyesuaian diri, membina keyakinan,akademik hala tuju, perhubungan dan kerjaya
Sepanjang bergelar kaunselor,kini beliau banyak mengurus melaksanakan sesi kaunseling berkaitan kesihatan mental seperti stress,bipolar,borderline,depression dan pelbagai lagi isu berkaitan kesihatan mental.Kini beliau mengambil peluang untuk kembangkan ilmu dan luaskan pengalamannya bersama SyokNya Kaunseling.

NO LESEN KBPA: 09326, 08945
Sarjana Muda Usuluddin (Dakwah & Pembangunan Insan) Universiti Malaya.
Sarjana Sains Kaunseling, Universiti Utara Malaysia
Beliau memulakan pengalaman latihan profesional kaunseling di sekolah. Sepanjang pengalaman menjadi kaunselor pelatih di sekolah, beliau banyak menjalankan sesi kaunseling yang membabitkan isu-isu yang berkaitan pembangunan diri remaja terutama dari segi membuat penyesuaian diri, membina keyakinan diri, akademik, hala tuju kerjaya, isu perhubungan
Selain itu, beliau juga pernah melakukan latihan professional di Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru dan berpengalaman mengendalikan sesi kaunseling rumahtangga yang melibatkan isu-isu komunikasi, adaptasi peranan & tanggungjawab, corak perhubungan dan keganasan rumahtangga. Kini, beliau mengambil peluang untuk terus menimba pengalaman yang lebih meluas di SyokNya Kaunseling.
Pembangunan diri:
Penyesuaian diri, Peralihan kehidupan, Penghargaan kendiri, Kerjaya, Perhubungan & Komunikasi.
Hubungan & Perkahwinan:
Komunikasi, Jarak emosi, Kecurangan, Hubungan
intimasi, Perubahan kehidupan yang penting (perceraian, kematian,
kehilangan).
Kerjaya:
Konflik kerjaya, Burnout, Komunikasi, Career change anxiety, Tekanan,

NO LESEN KBPA: 09809, 09436
Diploma Pengkhususan Syariah & Undang-Undang (UNIPSAS)
Ijazah Sarjana Muda Kaunseling (Universiti Sultan Azlan Shah)
Pegawai Psikologi Unit Kaunseling S41 di Hospital Permai
Mahir menjalankan sesi kaunseling secara bersemuka dengan klien yang mempunyai isu major depressive disorder, depression, bipolar disorder, OCD, schizophrenia, borderline, anxiety, psychosis, grief, suicidal, trauma, insomnia, coping mechanism, substance abuse.
Saya turut mengendalikan sesi kaunseling bersama ibu bapa (parenting skill), kanak-kanak seawal 4 tahun yang mempunyai ADHD, ODD, autism,disleksia dan masalah tingkahlaku.
Kanak-kanak & Remaja:
Isu identity, tingkah laku, pembelajaran, tekanan akademik, peralihan kehidupan & Trauma
Kesihatan Mental:
Kebimbangan , kemurungan ,Trauma , OCD , Personaliti Disorder, Tekanan hidup,
Rumahtangga & Kekeluargaan:
Komunikasi, Jarak emosi, Kecurangan, Hubungan intimasi, Perubahan kehidupan yang penting (perceraian, kematian, kehilangan).

NO LESEN: KB11507; PA11120
1. HBSc Biology and Psychology (University of Toronto)
2. MSc Counseling (Universiti Utara Malaysia)
Merupakan penceramah antarabangsa dan seorang penulis dengan lebih 12 tahun pengalaman. Banyak melibatkan diri dengan golongan belia. Turut menyantuni kesejahteraan psikospiritual dan perkahwinan keharmonian melalui kelas dalam talian, ceramah, seminar, dan bengkel.
Sejak tahun 2011 sehingga kini, beliau masih aktif sebagai content creator yang membuat perkongsian dengan membawa mesej utama untuk hidup ikut prinsip dan ambil tanggungjawab atas kehidupan sendiri, melalui video, podcast, dan penulisan di media sosial.
Beliau juga aktif dalam menyantuni beliau secara langsung melalui ceramah, seminar, dan bengkel yang berkait rapat dengan topik- topik seperti keyakinan diri, perhubungan, pendidikan, dan kerjaya.
Kini, setelah mendapat lesen kaunseling, beliau ingin fokus kepada isu rumah tangga dan keluarga.
Pra-perkahwinan:

KB09295; PA08913
1. Ijazah Sarjana Pendiddikan Bimbingan dan Kaunseling (Universiti Teknologi Malaysia)
2. Bacelor Sains Pembangunan Manusia (Universiti Putra Malaysia)
3. Kaunselor Berdaftar (Lembaga Kaunselor Malaysia)
Kaunselor Raihana mempunyai pengalaman selama tiga tahun menjadi kaunselor sepenuh masa di sebuah badan NGO IMARET (IMAM Response and Relief Team).
Beliau memulakan perkhidmatan sebagai seorang kaunselor pelatih di SMK Pasir Gudang dan UiTM Kampus Pasir Gudang. Sepanjang perjalanan menjadi seorang kaunselor, beliau berpengalaman mengendalikan isu-isu berkaitan kesihatan mental seperti stress, kemurungan, anxiety dan trauma; serta isu-isu lain seperti pengurusan emosi, pembangunan kendiri, grief, self harm dan pemilihan kerjaya.
Selain mengendalikan sesi kaunseling, beliau aktif menjalankan program-program dan sering terlibat dengan program sukarelawan seperti memberikan bantuan Psychological First Aid kepada mangsa-mangsa banjir. Beliau juga pernah terlibat dengan misi memberikan bantuan sokongan psikososial kepada mangsa gempa bumi di Turkiye. Beliau mengambil peluang menjadi sebahagian daripada Syoknya Kaunseling untuk membantu lebih ramai masyarakat yang memerlukan bantuan.

KB11674; PA11287
1. Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian(Universiti Utara Malaysia)
2. Kaunselor Berdaftar(Lembaga Kaunselor Malaysia)
Kaunselor Azizah kini berkhidmat sebagai Pegawai Psikologi (Kaunseling) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Beliau memulakan pengalaman latihan profesional kaunseling di Institut Pendidikan Guru (IPG). Sepanjang pengalaman menjadi kaunselor pelatih di IPG, beliau banyak menjalankan sesi kaunseling yang melibatkan isu-isu berkaitan pembangunan diri remaja terutama dari segi membuat penyesuaian diri, membina keyakinan diri, akademik, hala tuju kerjaya, isu perhubungan.
Sepanjang menjadi kaunselor berdaftar, beliau banyak mengurus dan melaksanakan sesi kaunseling yang berkaitan dengan kes berkaitan kesihatan mental seperti stress, bipolar, borderline, depression, anxiety, postpartum psychosis, schizophrenia dan bunuh diri (suicide) serta isu yang melibatkan isu dan konflik-konflik dalam rumah tangga. Kini, beliau mengambil peluang untuk terus meluaskan ilmu dan pengalamannya di SyokNya Kaunseling.

KB11404; PA11016
1. Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian(Universiti Utara Malaysia)
2. Kaunselor Berdaftar(Lembaga Kaunselor Malaysia)
Kaunselor Rizalman kini berkhidmat sebagai Pegawai Psikologi(kaunseling) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM).
Beliau memulakan pengalaman latihan profesional kaunseling di ILC Permai UUM(Pusat OKU Zon Utara) seterusnya di MRSM Arau, Perlis. Sepanjang pengalaman menjadi kaunselor pelatih di ILC Permai, beliau banyak menjalankan sesi kaunseling melibatkan isu-isu pengurusan diri golongan OKU. Di MRSM Arau, Perlis pula juga sebagai kaunselor pelatih, beliau banyak menjalankan sesi kaunseling dan bimbingan melibatkan pengurusan akademik, pengurusan emosi dan kerjaya.
Sepanjang menjadi kaunselor berdaftar, beliau banyak mengendalikan sesi kaunseling berkaitan isu penyakit mental seperti anxiety, depression, bipolar, BPD, schizophrenia dan isu-isu lain seperti self-harm, suicide, grief, perkahwinan, perhubungan dan ketagihan. Kini beliau mengambil peluang untuk meluaskan ilmu dan pengalaman di Syoknya Kaunseling.