Rizalman bin Rozi

rizalman-rozi

Tentang Kaunselor Rizalman Rozi

Rizalman bin Rozi merupakan seorang kaunselor berdaftar yang kini berkhidmat sebagai Pegawai Psikologi (Kaunseling) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Beliau terlibat secara langsung dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan mental dengan pendekatan profesional, beretika dan berfokus kepada keperluan klien.

Beliau memulakan pengalaman latihan profesional kaunseling di ILC Permai UUM (Pusat OKU Zon Utara), di mana beliau banyak mengendalikan sesi kaunseling berkaitan pengurusan diri dan sokongan psikososial bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Seterusnya, beliau menjalani latihan profesional di MRSM Arau, dengan fokus kepada kaunseling dan bimbingan melibatkan pengurusan akademik, pengurusan emosi dan hala tuju kerjaya pelajar.

Sepanjang berkhidmat sebagai kaunselor berdaftar, beliau berpengalaman mengendalikan pelbagai sesi kaunseling berkaitan isu kesihatan mental seperti keresahan, kemurungan, gangguan mood serta isu psikologi lain. Selain itu, beliau juga menguruskan kes-kes berkaitan pengurusan emosi, proses kehilangan, perkahwinan, perhubungan dan ketagihan dengan pendekatan yang berhati-hati dan menyeluruh.

Kini, beliau mengambil peluang untuk terus meluaskan ilmu dan pengalaman praktikal dengan bergabung tenaga bersama Syoknya Kaunseling, selaras dengan komitmen beliau untuk memberikan perkhidmatan kaunseling yang berkualiti dan berkesan kepada masyarakat.

No. Lesen KBPA​

Lembaga Kaunselor Malaysia (KBPA)
KB11404, PA11016

Akademik

Ijazah Sarjana Muda Kaunseling (Kepujian)
Universiti Utara Malaysia

Kaunselor Berdaftar
Lembaga Kaunselor Malaysia

Ambil Langkah Pertama Untuk Menjaga Diri Anda Hari Ini​​

Isi Borang Tempahan

Jika anda sudah bersedia untuk mendapatkan sokongan profesional, tempah sesi kaunseling sekarang.

WhatsApp Admin

Perlukan maklumat lanjut?  
Admin kami sedia membantu anda dengan mesra & profesional.