Ezuan Bin Ahmad Ali

ezuan-ali

Tentang Kaunselor Ezuan Ali

Ezuan bin Ahmad Ali merupakan seorang kaunselor yang mempunyai pengalaman lebih lima (5) tahun sebagai Pegawai Khidmat Nasihat dan Kaunselor pekerja serta komuniti di Kulim Malaysia Berhad bermula dari tahun 2015 hingga kini.

Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau telah mengendalikan pelbagai sesi kaunseling merangkumi kaunseling keluarga, kerjaya, kaunseling remaja, kaunseling salah laku dalam pekerjaan serta kaunseling penyalahgunaan dadah. Walau bagaimanapun, kaunseling keluarga merupakan fokus utama dan paling kerap dilaksanakan berdasarkan keperluan klien dan organisasi.

Beliau juga berperanan sebagai pakar rujuk kepada Jabatan Sumber Manusia Kulim Malaysia Berhad, khususnya berkaitan isu-isu kemasyarakatan dan kekeluargaan dalam kalangan pekerja. Selain menjalankan sesi kaunseling, beliau aktif menyampaikan ceramah motivasi serta merancang dan melaksanakan program pembangunan kerjaya dan kekeluargaan bagi warga syarikat tersebut.

Pendekatan beliau menggabungkan kefahaman agama, pengalaman lapangan dan amalan kaunseling profesional dalam membantu individu dan keluarga mencapai kesejahteraan emosi serta keharmonian hidup.

No. Lesen KBPA​

Lembaga Kaunselor Malaysia (KBPA)
09052, 08657

Akademik

Diploma al-Quran wal-Qiraat
Darul Quran JAKIM

Ijazah Sarjana Muda Qiraat
Universiti al-Azhar, Mesir

Ijazah Sarjana Pendidikan (Bimbingan & Kaunseling)
Universiti Teknologi Malaysia

Ambil Langkah Pertama Untuk Menjaga Diri Anda Hari Ini​​

Isi Borang Tempahan

Jika anda sudah bersedia untuk mendapatkan sokongan profesional, tempah sesi kaunseling sekarang.

WhatsApp Admin

Perlukan maklumat lanjut?  
Admin kami sedia membantu anda dengan mesra & profesional.