Fatin Nurul Athirah Binti Mohamad Amri
Tentang Kaunselor Fatin Athirah
Fatin Athirah memulakan pengalaman latihan profesional kaunseling di sekolah. Sepanjang tempoh sebagai kaunselor pelatih, beliau banyak mengendalikan sesi kaunseling yang melibatkan isu-isu pembangunan diri remaja, khususnya dalam aspek penyesuaian diri, pembinaan keyakinan diri, akademik, hala tuju kerjaya serta isu perhubungan.
Selain itu, beliau juga menjalani latihan profesional di Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru, di mana beliau berpengalaman mengendalikan sesi kaunseling rumahtangga. Antara isu yang ditangani termasuk komunikasi pasangan, adaptasi peranan dan tanggungjawab suami isteri, corak perhubungan serta keganasan rumahtangga. Pengalaman ini telah memperkukuh kemahiran beliau dalam mengurus kes-kes melibatkan dinamika keluarga dan perkahwinan.
Kini, beliau mengambil peluang untuk terus menimba pengalaman yang lebih meluas dengan bergabung tenaga bersama Syoknya Kaunseling, selaras dengan komitmen beliau untuk memberikan perkhidmatan kaunseling yang profesional, empati dan beretika kepada klien.
No. Lesen KBPA
Lembaga Kaunselor Malaysia (KBPA)
KB09326, PA08945
Akademik
Sarjana Muda Usuluddin (Dakwah & Pembangunan Insan), Universiti Malaya.
Sarjana Sains Kaunseling, Universiti Utara Malaysia.
Ambil Langkah Pertama Untuk Menjaga Diri Anda Hari Ini
Isi Borang Tempahan
Jika anda sudah bersedia untuk mendapatkan sokongan profesional, tempah sesi kaunseling sekarang.
WhatsApp Admin
Perlukan maklumat lanjut?
Admin kami sedia membantu anda dengan mesra & profesional.
Sokongan kesihatan mental & emosi secara profesional
Email: syoknyakaunseling@gmail.com
Utama
- Tentang Kami
- Servis
- Kaunselor Kami
- Blog
- FAQ
- Review