Wan Nor Ashikin binti Wan Zain

ashikin-zain

Tentang Kaunselor Nor Ashikin

Wan Nor Ashikin binti Wan Zain merupakan seorang Kaunselor Pendidikan Kolej yang kini berkhidmat di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Beliau mempunyai pengalaman lebih 14 tahun dalam bidang kaunseling merangkumi pelbagai setting pendidikan dan perkhidmatan awam.

Beliau juga memegang peranan sebagai Setiausaha Sukarelawan Kaunselor Berdaftar di bawah Lembaga Kaunselor Malaysia, serta merupakan salah seorang sukarelawan kaunselor di Talian Kasih 15999. Penglibatan aktif ini mencerminkan komitmen beliau terhadap khidmat sokongan kesihatan mental di peringkat komuniti dan kebangsaan.

Dalam amalan profesional, beliau bergiat aktif sebagai kaunselor, fasilitator dan penceramah. Minat serta kepakaran beliau lebih berfokus kepada kesihatan mental, pembangunan kendiri dan kerjaya, namun beliau juga berpengalaman mengendalikan pelbagai isu kaunseling lain secara berkesan dan beretika.

Pendekatan perkhidmatan yang digunakan adalah menyeluruh dan fleksibel, merangkumi sesi kaunseling individu, kaunseling pasangan, kaunseling kelompok, pentadbiran ujian kesihatan mental dan ujian personaliti, tele-kaunseling melalui panggilan telefon dan video, serta pengendalian bengkel, ceramah dan program outreach.

Beliau juga mempunyai pengalaman bertugas di pelbagai setting termasuk sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan kini di kolej matrikulasi, menjadikan beliau seorang kaunselor yang berpengalaman luas dan versatil.

No. Lesen KBPA​

Lembaga Kaunselor Malaysia (KBPA)
No. Lesen: KB04896, PA04199

Akademik & Pengiktirafan

Ijazah Sarjana Muda Kaunseling (Kepujian)

Kaunselor Berdaftar, Lembaga Kaunselor Malaysia

Sukarelawan Kaunselor Berdaftar (Setiausaha Zon Utara)

Sukarelawan Kaunselor, Talian Kasih 15999

Ambil Langkah Pertama Untuk Menjaga Diri Anda Hari Ini​​

Isi Borang Tempahan

Jika anda sudah bersedia untuk mendapatkan sokongan profesional, tempah sesi kaunseling sekarang.

WhatsApp Admin

Perlukan maklumat lanjut?  
Admin kami sedia membantu anda dengan mesra & profesional.