Siti Rafedah bte Abdul
Tentang Kaunselor Siti Rafedah
Siti Rafedah bte Abdul merupakan seorang Guru Agama di salah sebuah sekolah agama kerajaan Negeri Johor dan dikenali sebagai guru agama Johor yang pertama memiliki lesen Kaunselor Berdaftar. Beliau aktif dalam bidang pendidikan dan kaunseling dengan fokus kepada pembangunan sahsiah, kesejahteraan emosi serta isu-isu sosial dalam kalangan pelajar dan masyarakat.
Selain menjalankan sesi kaunseling, beliau sangat aktif menyampaikan ceramah dan program kesedaran di sekolah-sekolah agama kerajaan Negeri Johor serta sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Antara topik yang sering dibawakan termasuk isu anak luar nikah, perceraian, keibubapaan, akademik, serta pelbagai isu kaunseling semasa yang memberi impak kepada individu, keluarga dan komuniti.
Walaupun masih berkhidmat sebagai pendidik, beliau tetap komited melaksanakan perkhidmatan kaunseling secara dalam talian (online) dan bersemuka (offline), serta mengendalikan klinik kaunseling persendirian. Pendekatan beliau menggabungkan kefahaman agama, pengalaman pendidikan dan amalan kaunseling profesional.
Syoknya Kaunseling merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian beliau bergabung tenaga sebagai Skuad Kaunselor Panel SK, serta komitmen beliau dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada klien-klien SK.
No. Lesen KBPA
Lembaga Kaunselor Malaysia (KBPA)
08720, 08324
Akademik
Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)
Universiti Teknologi Malaysia
Sarjana Pendidikan (Bimbingan & Kaunseling)
Universiti Teknologi Malaysia
Ambil Langkah Pertama Untuk Menjaga Diri Anda Hari Ini
Isi Borang Tempahan
Jika anda sudah bersedia untuk mendapatkan sokongan profesional, tempah sesi kaunseling sekarang.
WhatsApp Admin
Perlukan maklumat lanjut?
Admin kami sedia membantu anda dengan mesra & profesional.
Sokongan kesihatan mental & emosi secara profesional
Email: syoknyakaunseling@gmail.com
Utama
- Tentang Kami
- Servis
- Kaunselor Kami
- Blog
- FAQ
- Review