KAUNSELING PERKEMBANGAN DIRI

Kaunseling Perkembangan Diri Profesional

Sesi sokongan satu-ke-satu untuk membantu anda memahami diri, membina keyakinan dan bergerak ke hadapan dengan lebih jelas dan seimbang.

Pelanggan
+ 0
Jam Sesi Kaunseling
0
Tahun Pengalaman
0

Apakah Kaunseling Perkembangan Diri?

Kaunseling perkembangan diri ialah proses sokongan profesional yang membantu individu mengenal diri dengan lebih mendalam, membina keyakinan, dan mengembangkan potensi diri secara sihat dan berstruktur. Ia sesuai untuk individu yang ingin membuat perubahan positif dalam kehidupan, walaupun tanpa isu emosi yang berat.

KENAPA RAMAI MEMILIH SYOKNYA KAUNSELING?

Kaunselor Berdaftar & Bertauliah

Setiap sesi dikendalikan oleh kaunselor profesional yang berdaftar dan mematuhi etika serta piawaian kaunseling.

Sulit & Selamat

Privasi anda adalah keutamaan kami. Semua perkongsian dirahsiakan dalam ruang yang selamat dan tanpa penghakiman.

Online & Fizikal

Fleksibel mengikut keperluan anda, boleh dilakukan secara atas talian atau bersemuka.

Dipercayai Ramai

⭐ 4.9 daripada 162 review klien sebenar yang telah mendapatkan perkhidmatan kami.

Pendekatan Empati & Berfokus

Kami mendengar dengan empati dan membantu secara praktikal, berfokus kepada keperluan sebenar anda.

Apa Yang Anda Akan Dapat Daripada Sesi

Memahami corak pemikiran dan tingkah laku diri

Anda akan dibantu untuk menyedari cara anda berfikir, membuat keputusan dan bertindak balas terhadap situasi dalam kehidupan seharian. Kesedaran ini membantu anda mengenal pola yang menyokong atau menghalang perkembangan diri.

Mengenal halangan dalaman yang menghalang kemajuan

Sesi kaunseling membantu anda mengenal pasti halangan dalaman seperti keraguan diri, ketakutan, kepercayaan lama, atau konflik emosi yang mungkin selama ini menghalang anda untuk melangkah ke hadapan.

Membina kemahiran kendiri yang praktikal

Anda akan mempelajari kemahiran praktikal seperti pengurusan emosi, keyakinan diri, komunikasi, penetapan sempadan dan pengurusan stress,  kemahiran yang boleh terus diaplikasikan dalam kehidupan dan kerjaya.

Mengurus cabaran hidup dengan lebih matang

Melalui sokongan profesional, anda akan belajar menghadapi tekanan, perubahan dan cabaran hidup dengan lebih rasional dan seimbang, tanpa mudah terbawa emosi atau membuat keputusan secara impulsif.

Membina hala tuju yang selari dengan nilai diri

Sesi ini membantu anda menjelaskan nilai, keutamaan dan matlamat hidup, supaya setiap keputusan dan tindakan yang diambil lebih selari dengan siapa diri anda dan apa yang benar-benar penting bagi anda.

Proses Kaunseling Kami

1

Tempahan & Saringan Awal

Anda memulakan proses dengan membuat tempahan sesi. Maklumat asas digunakan untuk memahami keperluan anda dan mencadangkan kaunselor yang sesuai, tanpa sebarang penghakiman.

2

Sesi Penilaian Awal

Sesi pertama memberi ruang untuk anda berkongsi situasi, cabaran dan matlamat yang ingin dicapai. Kaunselor akan membantu menilai keperluan anda serta mencadangkan fokus dan hala tuju sokongan yang sesuai.

3

Proses Kaunseling Berperingkat

Sesi kaunseling dijalankan secara berperingkat, selamat dan mengikut kesediaan anda. Anda dibantu untuk meneroka isu, memahami diri, dan membina kemahiran yang relevan dengan situasi sebenar.

4

Penilaian Perkembangan

Sepanjang proses, kaunselor akan menilai perkembangan dan keberkesanan sesi bersama anda. Pelan sokongan boleh disesuaikan mengikut perubahan keperluan dan kemajuan anda.

5

Penstabilan & Sokongan Susulan

Apabila keadaan lebih stabil atau matlamat tercapai, sesi boleh dikurangkan, ditamatkan, atau diteruskan secara berkala sebagai sokongan berterusan, bergantung kepada keperluan anda.

LOKASI KAMI

Kami menyediakan sesi secara online di seluruh Malaysia dan sesi fizikal.

Alamat: 33A, Jalan Kebudayaan 1A, Taman Universiti 81300 Skudai Johor

Waktu Operasi: Setiap Hari 9AM – 5PM

Ambil Langkah Pertama Untuk Menjaga Diri Anda Hari Ini​​

Isi Borang Tempahan

Jika anda sudah bersedia untuk mendapatkan sokongan profesional, tempah sesi kaunseling sekarang.

WhatsApp Admin

Perlukan maklumat lanjut?  
Admin kami sedia membantu anda dengan mesra & profesional.

FAQ KAUNSELING PERKEMBANGAN DIRI

Kaunseling perkembangan diri ialah sesi sokongan profesional yang membantu individu memahami diri, membina keyakinan, mengembangkan potensi dan membuat perubahan positif dalam kehidupan.
Ia sesuai walaupun anda tidak mengalami masalah emosi yang berat.

Kaunseling perkembangan diri sesuai untuk individu yang:

  • Rasa keliru atau “stuck” dengan hala tuju hidup

  • Ingin meningkatkan keyakinan dan kejelasan diri

  • Mahu membina kemahiran kendiri dan emosi

  • Sedang melalui fasa perubahan hidup atau kerjaya

Tidak.
Kaunseling perkembangan diri bukan hanya untuk mereka yang bermasalah, tetapi juga untuk individu yang ingin berkembang, memperbaiki diri dan membuat keputusan hidup dengan lebih matang dan yakin.

Kaunselor membantu dari segi sokongan emosi, pemikiran, tingkah laku dan kemahiran mengurus diri melalui sesi perbualan profesional.
Psikiatri pula memberi fokus kepada rawatan perubatan dan ubat.
Jika perlu, kaunselor akan mencadangkan rujukan secara beretika.

Antara fokus yang biasa dibincangkan:

  • Corak pemikiran dan tingkah laku diri

  • Keyakinan dan harga diri

  • Matlamat hidup dan kerjaya

  • Pengurusan emosi dan tekanan

  • Nilai diri dan hala tuju hidup

Sesi disesuaikan mengikut keperluan anda.

Setiap sesi biasanya berlangsung 60–90 minit, sama ada secara online atau bersemuka, mengikut keselesaan anda.

Bilangan sesi bergantung kepada keperluan individu:

  • 3–6 sesi → fokus ringan atau matlamat spesifik

  • 6–12 sesi → perkembangan diri yang lebih mendalam

Cadangan akan dibuat selepas sesi penilaian awal.