"Setiap cabaran hidup mempunyai jalan keluar. Ruang ini selamat untuk anda berkongsi, tanpa prejudis, demi membina semula kesejahteraan diri dan ketenangan jiwa anda."
Semak Jadual Sesi SayaEncik Ridzwan Farizuddin merupakan seorang pengamal kaunseling profesional yang komited dalam membantu individu menguruskan konflik kehidupan. Dengan pendekatan terapeutik yang berstruktur dan penuh empati, beliau menyediakan ruang sokongan yang kondusif bagi memastikan setiap klien merasa didengari, difahami, dan dibimbing ke arah perubahan positif yang holistik.
Setiap perkongsian anda dilindungi sepenuhnya di bawah etika kerahsiaan Akta Kaunselor 1998.
Masa sesi yang mesra jadual anda. Dibuka untuk Sesi Siang (9am - 6pm) & Sesi Malam (8pm - 10pm) setiap Ahad hingga Jumaat.
Dikendalikan secara rasmi oleh pengamal bertauliah Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM).
Akses khas untuk memantau progress sesi, self-assessment bulanan, tugasan (homework), dan tawaran diskaun kesetiaan.
Fleksibel & Privasi dari mana sahaja anda berada.
Interaksi bersemuka di cawangan premis yang selesa.
Tentukan fokus isu yang ingin dibincangkan serta mod pilihan sesi anda (Online / Bersemuka).
Pilih tarikh serta masa yang tersedia pada kalendar sistem tempahan di bawah, lakukan pembayaran mudah.
Sistem akan menghantar pengesahan jadual dan pautan sesi secara automatik terus ke telefon anda.
Sila pilih tarikh dan masa yang bersesuaian dengan anda menerusi borang tempahan rasmi di bawah.