Nur Hidayah Binti Assabri

hidayah-assabri

Tentang Kaunselor Hidayah Assabri

Nur Hidayah binti Assabri merupakan seorang Pegawai Psikologi yang kini berkhidmat di salah sebuah jabatan di bawah kerajaan Negeri Johor. Beliau aktif menyampaikan perkhidmatan psikologi dan kaunseling secara langsung di lapangan serta komited dalam usaha menyantuni masyarakat setempat.

Beliau terlibat secara aktif dalam pelaksanaan kaunseling kelompok, ceramah, bengkel dan program outreach yang bertujuan meningkatkan kesedaran, kefahaman dan kesejahteraan psikologi dalam kalangan komuniti. Pendekatan beliau bersifat inklusif, praktikal dan mesra masyarakat.

Sejak memulakan profesion sebagai kaunselor dan pegawai psikologi, minat dan fokus beliau lebih tertumpu kepada isu-isu rumahtangga, kekeluargaan, kesihatan mental serta perkembangan kendiri. Pengalaman beliau merangkumi sokongan emosi, pengurusan konflik dan pemerkasaan individu dalam menghadapi cabaran kehidupan.

No. Lesen KBPA​

Lembaga Kaunselor Malaysia (KBPA)
KB10441, PA10048

Akademik

Ijazah Sarjana Muda Psikologi (Kepujian)
Universiti Cyberjaya

Ijazah Sarjana Sains Sosial (Psikologi Kaunseling)
Universiti Kebangsaan Malaysia

Kaunselor Berdaftar
Lembaga Kaunselor Malaysia

Psikologis Berdaftar
Persatuan Psikologi Malaysia

Ambil Langkah Pertama Untuk Menjaga Diri Anda Hari Ini​​

Isi Borang Tempahan

Jika anda sudah bersedia untuk mendapatkan sokongan profesional, tempah sesi kaunseling sekarang.

WhatsApp Admin

Perlukan maklumat lanjut?  
Admin kami sedia membantu anda dengan mesra & profesional.