Siapa Di Sebalik Syoknya Kaunseling?

Syoknya Kaunseling adalah sebuah syarikat yang bergerak atas satu matlamat yang jelas (purpose driven) – untuk menjadi Peneraju Utama Pusat Pendidikan & Kaunseling Rumahtangga Islam bagi membangun bahagia dalam setiap rumahtangga muslim.
.

SK dibangunkan oleh Cr Sarah ZainalPuteh pada tahun 2018. Beliau adalah kaunselor berdaftar dan berlesen di bawah Lembaga Kaunselor Malaysia, yang mempunyai kepakaran khusus dalam kaunseling rumahtangga. Mempunyai kelulusan dalam Sarjana Pendidikan Bimbingan & Kaunseling serta Sarjana Muda Psikologi & Pembangunan Sumber Manusia..Sudah berkahwin dan dikurniakan dua orang puteri.
.

Ketika beliau melakukan latihan profesional kaunselor di Unit Pembangunan Keluarga, Pejabat Agama Daerah Johor Bahru, beliau mendapati institusi kekeluargaan keluarga muslim berada pada keadaan yang sangat tenat dan kritikal. Masyarakat tidak lagi menjadikan keluarga dan rumahtangga sebagai satu institusi yang perlu dijaga dan dibangunkan untuk memelihara keperluan fizikal, emosi dan spiritual suami, isteri dan anak-anak.
.

Ramai klien yang hadir untuk mendapatkan kaunseling rumahtangga, lebih ramai klien hadir untuk membuat laporan salah laku pasangan, dan pelbagai tuntutan hak disebabkan pasangan yang tidak bertanggungjawab.
.

Secara asasnya, Cr Sarah ZainalPuteh melihat punca utama runtuhnya institusi keluarga dalam masyarakat adalah kerana hilangnya batu asas yang menjadi pendukung ampuh sesebuah rumahtangga, iaitu ILMU & IMAN
.

Oleh kerana itu, pada akhir tahun 2018 Cr Sarah ZainalPuteh mula aktif berkongsi di platform Instagram melalui konten video dan penulisan dengan satu harapan – untuk membantu keluarga muslim membangun rumahtangga bahagia melalui pembangunan iman, pendidikan rumahtangga serta memberi servis kaunseling rumahtangga kepada yang memerlukan. Kerana beliau percaya, rumahtangga bahagia boleh dibangunkan dan adalah setiap insan berhak untuk mengecapinya.

Leave a Reply