Syoknya Kaunseling
Offer Bulan Kaunseling Kebangsaan
Kenali diri awak dari 4 sudut: emosi, keletihan, cara awak menyayangi, dan cara awak berhubung dengan orang yang awak sayang. Lepas tu, bincang dengan kaunselor.
Harga biasa RM89
4 saringan psikologi + 15 minit konsultasi bersama kaunselor SYK
⏳ Offer tamat 31 Oktober 2026. Berbaki:
Online sepenuhnya · Keputusan terus masuk emel · Sulit
Cuba jujur dengan diri sendiri
Keluarga, pasangan, mak ayah, kerja, rumah. Semua kita pastikan okay.
Tapi bila ditanya, “Awak sendiri macam mana?” …kita diam. Sebab kita pun tak pasti.
Ada tak awak rasa macam ni?
Kalau awak angguk walau satu, awak bukan lemah. Awak cuma dah terlalu lama pikul sorang2.
Kalau dibiarkan
Kita selalu cakap, “Takpe, nanti okay la.” Tapi rupa2nya, yang kita pendam tu makin berat.
Dan yang paling memenatkan: kita asyik meneka.
"Aku ni stres biasa je… atau dah lebih dari tu?"
Meneka tak akan selesaikan apa2. Langkah pertama ialah tahu keadaan sebenar diri awak.
Offer khas BKK
Sempena Bulan Kaunseling Kebangsaan, SYK buka pakej saringan paling lengkap kami dengan harga paling rendah. Awak jawab online, bila2 masa yang sesuai, dari rumah.
1
Tahu tahap emosi awak sekarang: normal, ringan, sederhana atau dah teruk.
DASS-21 · 21 soalan
2
Penat sebab diri, kerja atau melayan orang? Kenal punca sebenar letih awak.
CBI · 19 soalan
3
Cara awak paling rasa disayangi, supaya awak boleh beritahu pasangan dengan jelas.
30 soalan
4
Kenapa awak selalu risau dalam hubungan, atau cepat menjauh bila orang nak rapat.
36 soalan
Keputusan dalam emel memang ada penerangan. Tapi ada benda yang lebih senang faham bila dibincang. Awak pilih satu keputusan yang paling awak nak faham, dan kaunselor bantu awak nampak apa langkah seterusnya.
Harga biasa
1 saringan + konsultasi
Offer BKK
4 saringan + konsultasi
Langkah 1
Isi borang dan bayar RM49 di bawah.
Langkah 2
Link 4 saringan akan dihantar ke emel awak.
Langkah 3
Jawab saringan online. Keputusan, maksud dan cadangan langkah seterusnya terus masuk emel.
Langkah 4
WhatsApp admin untuk tempah slot konsultasi 15 minit, sebelum 30 November 2026.
Kenapa SYK
Syoknya Kaunseling dikendalikan oleh kaunselor berdaftar, ahli Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM) dan PERKAMA. Bukan pemberi nasihat biasa.
klien telah dibantu
tahun beroperasi
kaunselor wanita & lelaki
ulasan 5★ di Google
KPWKM · JHEAINS · UiTM · UPSI · RTM TV1 · Astro Prima · Kool FM
Giliran awak pula
Allah tak bebankan kita melebihi kemampuan. Tapi mampu tak bermaksud kena pikul sorang2.
Mula dengan satu langkah kecil: kenal diri sendiri. RM49, dari rumah, bila2 masa.
Offer tamat 31 Oktober 2026. Berbaki:
Anda akan dibawa ke borang pembayaran OnPay yang selamat.
Ada soalan dulu? WhatsApp admin
Semua orang, lelaki dan perempuan. Offer ni terbuka kepada semua.
Setiap saringan lebih kurang 5 hingga 15 minit. Awak tak perlu jawab keempat-empat sekali gus.
Sebaik sahaja awak hantar jawapan, keputusan beserta penerangan dan cadangan langkah seterusnya akan masuk ke emel awak.
Konsultasi 15 minit ini untuk satu keputusan sahaja. Pilih keputusan yang paling awak nak faham. Kalau nak bincang lebih, awak boleh tempah sesi kaunseling penuh.
Lepas dapat keputusan, WhatsApp admin kami di 018-252 7055 untuk pilih slot. Pastikan tempah sebelum 30 November 2026.
Ya. Jawapan awak sulit dan hanya dirujuk oleh kaunselor Syoknya Kaunseling.
Kalau awak rasa dalam bahaya atau ada fikiran untuk mencederakan diri, jangan tunggu. Hubungi Talian HEAL 15555, Befrienders 03-7627 2929, atau 999.
© Syoknya Kaunseling · Taman Universiti, Skudai, Johor