Sarah Zainal

Kaunselor Berdaftar (k.b.;p.a.)

Usahawan & Kaunselor Berdaftar dengan 7 tahun pengalaman industri. Pemilik dan pengusaha Pusat Psikologi & Kaunseling “Syoknya Kaunseling” di Skudai, Johor. Kepakaran dalam melaksanakan sesi kaunseling, membangun potensi individu, melaksanakan bengkel secara atas talian dan bersemuka serta membangun produk digital.

Melalui Syoknya Kaunseling, beliau dan pasukan telah menyantuni, membimbing dan membangun potensi lebih 1,000 klien sejak tahun 2018. Beliau juga telah membantu lebih 10,000 individu yang memerlukan bimbingan dalam isu-isu pra perkahwinan dan rumahtangga melalui produk pendidikan yang dibangunkan.

Kini aktif membuat perkongsian di media sosial dan membangun modul-modul pendidikan secara percuma dan berbayar bagi kegunaan awam.

Kelayakan Professional

Lesen & Sijil

  • Kaunselor Berdaftar, Lembaga Kaunselor Malaysia (K.B.; P.A.)
  • Sijil Profesional Pengamal Kaunseling Keluarga (Saadah Center, Universiti Sains Islam Malaysia)

Pendidikan

  • Ijazah Sarjana Pendidikan (Bimbingan & Kaunseling), Universiti Teknologi Malaysia
  • Ijazah Sarjana Muda Psikologi dengan Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia

Pengalaman Professional

2018 – 2019

  • Latihan professional di Unit Pembangunan Keluarga, Pejabat Agama Daerah Johor Bahru
  • Melaksanakan sesi kaunseling, membimbing dan pelan pengurusan isu kepada klien

2020 – 2021

  • Menubuhkan pusat kaunseling Syoknya Kaunseling secara solo
  • Membina pasukan Kaunselor Berdaftar untuk menyertai Syoknya Kaunseling dan bersama menjayakan visi dan misi syarikat
  • Membina pasukan pengurusan pusat kaunseling
  • Membangun modul pendidikan pra-perkahwinan dan rumahtangga
  • Menyediakan perkhidmatan kaunseling secara atas talian dan bersemuka

2022 – 2024

  • Menjadi salah satu pusat kaunseling terkemuka dan pilihan ramai di Johor Bahru
  • 10,000+ unit modul pendidikan pra-perkahwinan dan rumahtangga terjual
  • Melaksanakan webinar &bengkel secara atas talian
  • Menjadi panel kaunselor bagi NGO Haluan & JIEWA
  • Menerima pelbagai jemputan ceramah daripada pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan dan agensi media

Galeri Professional

Galeri gambar daripada pelbagai program yang telah dilaksanakan secara atas talian (online) dan bersemuka (offline); webinar, seminar, kursus, bengkel jemputan program dan sebagainya.

Produk Digital

Modul-modul digital ini merangkumi modul pendidikan pra-perkahwinan dan pendidikan rumahtangga berkisar pelbagai tajuk dan isu-isu berkaitan. Telah terjual lebih daripada 10,000 unit.

Ikuti Perkongsian Saya

Jemputan & Kolaborasi