Hidayah Assabri

Nama

Hidayah Assabri

Tentang Beliau

Hidayah berpengalaman dalam menjalankan sesi kaunseling kesihatan mental ketika menjadi pelajar praktikal di Unit Psikologi dan Kaunseling, Hospital Permai. Minat yang mendalam dalam kesukarelawanan dan advokasi tentang kesihatan mental membuatkan beliau menyambung pelajarannya dalam Sarjana Psikologi Kaunseling. Kini, beliau sedang melakukan latihan praktikum di Unit Pembangunan Keluarga, Pejabat Kadi Daerah JB dan Syoknyakaunseling untuk meluaskan lagi kemahirannya dalam menangani pelbagai isu komuniti.