Tentang Beliau
Pengalaman melebihi 5 tahun sebagai Pegawai Khidmat Nasihat dan Kaunselor pekerja dan
komuniti di Kulim Malaysia Berhad bermula dari tahun 2015 hingga kini.
Di antara sesi kaunseling yang dijalankan adalah kaunseling keluarga, kerjaya, kaunseling remaja, kaunseling salah laku dalam pekerjaan dan kaunseling penyalahgunaan dadah. Walaubagaimanapun, kebanyakan kaunseling yang dijalankan adalah kaunseling keluarga.
Beliau juga merupakan pakar rujuk oleh Jabatan Sumber Manusia Kulim Malaysia Berhad iaitu mengenai pelbagai isu kemasyarakatan terutama kekeluargaan.
Selain itu, beliau aktif mengadakan ceramah motivasi dan merancang program yang berkaitan kerjaya dan kekeluargaan khasnya di syarikat tersebut.