Tentang Beliau
Cr Sarah ZainalPuteh adalah pengasas, kaunselor dan jurulatih utama Syoknya Kaunseling. Beliau memulakan Syoknya Kaunseling sejak Disember 2018. Beliau bertugas di Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru ketika 2018-2019 sebagai kaunselor pelatih ketika melakukan latihan professional. Beliau berpengalaman membawa dan menguruskan sesi kaunseling rumahtangga islam yang meliputi isu dan konflik-konflik dalam rumahtangga – tanggungjawab, komunikasi, penderaan emosi, penderaan fizikal, penderaan seksual, perceraian, dan memperbaiki hubungan. Kini beliau sedang giat menyediakan modul pendidikan rumahtangga islam bagi yang belum dan sudah berkahwin sebelum dipasarkan bagi kegunaan umum.