Tentang Beliau
Berpengalaman dalam mengendalikan pelbagai isu rumahtangga dan keluarga seperti penderaan emosi dan fizikal, tuntutan nafkah dan perlindungan serta pelbagai lagi isu sepanjang menjalani latihan profesional di Unit Pembangunan keluarga, Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru. Malah, mempunyai pengalaman juga dalam mengendalikan kaunseling pelajar dan kanak-kanak apabila pernah bertugas sebagai kaunselor pelatih di sekolah. Beliau juga terlibat dengan banyak kegiatan sosial seperti khidmat komuniti kepada golongan gelandangan dan asnaf. Terlibat dengan kaunseling secara formal apabila banyak mengendalikan isu-isu sejagat memandangkan perkhidmatan kaunseling semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat.